

so,kebanyakkan mereka meneka gambar aku semasa budak budak pada huruf c dan d..dan jawapannya sememangnya salah..terima kasih kerana mencuba..:)


so,kebanyakkan mereka meneka gambar aku semasa budak budak pada huruf c dan d..dan jawapannya sememangnya salah..terima kasih kerana mencuba..:)
Sapa nok dapat nekak ya kelak,mun datang raya umah ku kelak,kelak ku ngidang kek sarawak ngan torang..mun sudi la..
Petang tadi,semasa berbuka,makanan seperti kuih muih dan sate sudah memadai..lama rasanya aku tidak memakan sate..arini,alhamdulilah,dapat jugak aku memakannya.. 
Selepas berbuka,aku membawa Danish,iaitu anak buah aku bermain bunga api..seronok melihat telatahnya pertama kali memegang dan bermain bunga api..
Muka abg Tepak kekenyangan..(abg tepak jumpa aku tadi n minta aku delete gambar dia coz dia cakap gambar tu nampak buruk..tapi aku malas nak delete n aku tampal je polar bear kat muka dia..next time sila pose cantik² ye abg!! :) )
*Apa apapun,thanks to Abg Tepak sebab sudi mengajak aku pergi berbuka dan thanks to Abg Sham and Emelda jugak sbb join kami pada petang tersebut untuk berbuka bersama²..
Kalau anda rasa anda seorang yang macho/jelita,sila klik bawah..
dinner plate set..both of us makan benda yang sama..
French fries yang tidak rangup..:(
*Apa apapun,thanks to Faizal sebab temankan aku ke bandar sekalian berbuka bersama..appreciate it so much n gonna miss him sebab arini dia dah g offshore..:(
Anyone yang nak temankan aku berbuka arini?
Kalau nak tau ada apa kat dalam,sila touble click kat link yang ada kat bawah ni ya..
This picture i grab from papa doc..
Pada hari sabtu,majlis berbuka puasa yang bertempat di Vista Amani Condo milik Tok Bear dan Papa Doc,satu demi satu muka ahli keluarga YKWYA,rakan-rakan serta jiran tetangga mula muncul ke majlis berbuka tersebut.
Sememangnya pelbagai juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah seperti kuih muih,nasi lemak,kek lapis sarawak dan banyak lagi..memang meriah..
This wonderful picture i grab from nikli's blog without permission..tak marah kan along..:)
Sementara menunggu waktu berbuka,abg cik cuba untuk membuat video call dengan menghubungi alang dan pada ketika itu jugak,abg cik menyambungkan video call tersebut ke tv atas alasan kesemua ahli keluarga YKWYA dapat melihat alang dengan jelas diskrin besar..
Gelagat abg cik dan adeq ketika membuat video call dengan alang,..
Tidak lama selepas itu,azan berkumandang dan masing masing mencari sesuatu untuk berbuka..ada jugak yang berkongsi minuman kerana sudah tidak tahan setelah seharian berpuasa..

Masing masing tengah menikmati hidangan yang di sediakan..
Selepas itu,sesi memotong kek daripada papa dan papa dok pun dimulakan..memang meriah..
Keesokkan malamnya pulak aku,abg cik,adeq,kak ngah n menantu bersahur kat Pelita KLCC..tapi waktu tu cuma adeq dan menantu je yang makan..yang lain cuma minum sahaja dan aku terpaksa menahan perut sebab aku sudah pun berjanji dengan tok bear untuk sahur bersama lalu ke Airport sebab aku menaiki pesawat yang paling awal..
rindu la kat korang sume..:(

Sempat bergambar kenangan dengan Tok Bear yang comel dan Papa doc yang macho kat airport..perhatikan gambar tok bear..apa yang anda nampak..hehe..
Masa ni,aku dah kat dalam departure hall dan sekalian didalam flight..
Akhir sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Bear dan Papa Doc kerana menjemput aku ke majlis harijadi dan berbuka puasa..dan menumpangkan aku kat condo mewah mereka selama beberapa hari dan proses penghantaran aku ke LCT..
Tok bear,ianya satu pakej yang menarik..condo mewah dan makan minum yang enak serta penghantaran ke airport..wah,tak sia sia grab pakej yang tok bear offer..hehe..
Dan kepada Papa Doc dan Papa,selamat hari jadi dan semoga dimurahkan rezeki..
Dan tidak lupa jugak kepada abg long,kak ngah,abg cik,adeq,menantu,abg tiri dan sepupu,adik amat menghargai setiap detik kita bersama..(sayangkan alang takde..kalau alang ada,lagi meriah sebab alang selalu manjakan adik..)

Betapa sesaknya tadi..aku hanya dapat mengambil gambar dari sudut yang sama je..
Ayam?2 2 ayam..macam mana tu..aku pun pelik mak aku ni..2 2 ayam tapi masakan yang berlainan..rupanya,ayam yang ada pada gambar pertama adalah masakan abg aku..sedap tak sedap,kejap lagi aku rasa coz kat zon sarawak,kami berbuka pada pukul 6.25 petang..apa apapun,selamat berbuka..