Friday, November 30, 2007

Selamat Pengantin Baru..



Tanggal 23 november 2007,akhirnya,mak ngah aku selamat di ijabkabulkan dengan pasangannya secara sah..aku sedih kerana terlalu gembira kerana setelah 10 tahun berkawan,akhir mereka menemui jugak jodoh mereka..alhamdulilah ku panjatkan ke hadrat illahi..

Pada 23 November 2007,pada malam hari,kami telah mengadakan karaoke sempena memeriahkan lagi malam tersebut..ramai yang menampilkan diri untuk menunjukkan bakat yang mereka ada dan aku tidak terkecuali…tepat pukul 2 pagi,sesi karaoke pun tamat..

Pada 24 November 2007,pada sebelah siang,aku tidak dapat turut serta untuk bergotong royong kerana pada hari itu,aku terpaksa menghadirkan diri ku ke kelas..walaupun ada ketikanya fikiran ku melayang ke rumah nenek aku di luak,tapi ianya tidak menganggu aku untuk memfokuskan pada pensyarah yang ada kat depan..



Pada hari yang sama,pada pukul 6 petang,kelas aku pun tamat..aku segera pulang kerana tidak sabar untuk pergi kerumah nenek ku di Luak kerana pada sebelah malam,kami akan di hiburkan dengan irama ‘Gendang’ atau lebih di kenali sebagai ‘mukun’ yang di import khas dari bekenu..ramai yang datang…

Mukun ialah sejenis hiburan yang hanya mengunakan gendang serta pantun yang di jual beli..hiburan ini tidak akan di hentikan selagi pantun yang di jual dapat di jawab..seperti malam itu,aku tido pada pukul 3 pagi..tetapi gendang itu masih lagi bergema..
Akhirnya sebelum waktu subuh,mereka telah menghentikan gendang tersebut..



Pada 25 november 2007,seawal jam 8 pagi,aku bangun terus bersarapan dengan saudara mara ku yang ada kat situ..selepas itu,kami terus menyiapkan persediaan untuk tetamu yang akan datang ke majlis persandingan itu..
Jam menunjukkan pada pukul 10 pagi,kelibat orang jemputan mula datang dan kami mulai sibuk melayan serta menunjukkan tempat duduk kepada jemputan..


Selepas bacaan doa daripada seorang ustaz,kami meminta kesemua jemputan yang hadir untuk menikmati juadah makanan yang telah tersedia..
Dengan keadaan yang agak sesak serta makanan yang lambat di isi semula,kawan aku,abg tepak,abg fendi serta khairul hanya sempat menikmati nasi serta kuah sahaja..kesian diorang..









Tepat pukul 12.30 tengahari,tetamu yang hadir beransur pulang..

Oh ya,semasa aku menghantar khairul,abg Fendi N aBG Tepak ke tempat mereka meletakkan kenderaan,kami telah melihat sebuah van yang telah terkandas di dalam lumpur..dengan hati yang prihatin pada masyarakat,kami telah membantu menolak van tersebut agar dia bisa meluru laju seperti biasa..


Selepas segalanya berjaya,mereka pun beredar daripada situ..sikap abg abg ni perlu di beri kepujian kerana keprihatinan mereka pada orang yang berada di sekeliling..

kerja di bahagian dapur pula yang sedang menanti..dengan kerja sama daripada saudara mara aku,kami menyiapkan keja seperti membasuh pinggan mangkuk serta menyusun pinggan mangkuk yang telah siap di cuci dengan cepat..dengan diiringi gelak ketawa serta gurau senda membuatkan kami tidak terasa akan keja yang dibuat..walaupun sebelum majlis berlangsung kami hanya sempat tidur 3 jam sahaja,tetapi kami tidak melatah..yelah,memandang majlis sebegini jarang diadakan,jadi kami tidak memikirkan keletihan serta benda benda yang remeh seperti mengantuk dan sebagainya..

Akhirnya,selepas segalanya selesai,kami pun berehat dan ada jugak cousin aku yang tertido semasa berborak..letih giler lah tu..aku dah tgk kazen aku tido,apa lagi,aku pun join sekali lah..oklah,rasanya,sampai di sini saje lah yang dapat aku kongsikan..


Kepada mak ngah aku serta selaku emak angkat aku masa aku budak budak lagi,aku ucap selamat pengantin baru..semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

12 comments:

andhika tharuna said...

hi zoul...

kamu biler pulak mau naik pelamin? hehehe...

datanglah ke blog saya...

Zoulkieflie said...

Andhika ~ bila nak naik pelamin?erm,tgh menunggu..hahaha..nanti saya datang..

Rush Murad said...

thanks so much coz jemput datang dan meraikan majlis perkahwinan tuu... my first experience kat Miri ni..... u nak naik pelamin jugak kr zoul????

Zoulkieflie said...
This comment has been removed by the author.
Zoulkieflie said...

Abg Rush Murad ~ No problem..abg tanya nak naik pelamin ke tak..?mestilah nak..sape tak nak naik pelamin?lebih lebih lagi dengan buah hati..

Adi Osman said...

huhu...takpe nasik lauk kuah je pun takpe....as long as dapat merasa tengok majlis perkahwinan kedayan yang very rarely seen (untuk orang semenanjung macam saya laaaa)

Zoulkieflie said...

Abg Fendi ~ Ye ke abg..oklah kalau macam tue..risau jugak sebenarnya..

Adi Osman said...

hmmm zoul a.k.a dedek

adat kenduri memang macam tu! jangan la dengar sangat orang komplen itu ini gitu gini, as for me it's hard to please every single person yang ada. tak gitu?

hmmm.....malam ni bersantap dengan agong! tunggu la posting seterusnya di blogku itu

Wanpetunjuk said...

Zoul...besh arr tengok org kadayan kawen, new thing for me..cukup terserlah budaya masyarakat kita yang pelbagai...

Sorry tak dapat pi siangnya...nak wat cam mana...kerja kan...

anyway..thanks for the graduation wish...thanks a lot...nnti masa u pulak, yang penting study rerajin...jgn nakal2!!!!

Zoulkieflie said...

Abg Fendi ~ betul tu..hehe..thanks ya..bersantap dengan agong..?tentu menarik..hehe..

wan hidayat ~ best ek..carilah awek kedayan..hahaha..thanks wan..

shahril aley said...

selamat pengantin baru kepada mak ngah ko. semoga berkekalan hingga ke anak cucu. meriah betoi kenduri siap masak sendiri. baru terasa ceria bile masing2 menyumbang tenaga & keringat...

Zoulkieflie said...

Sharil Aley ~ thanks ya..lame tak wat kenduri macam nie..bila dah ade,apa lagi,all out ler jawapannya..