Saturday, December 15, 2007

Macam macaM!!!

Malam ni,aku just melepak kat bilik je sambil di temani dengan buku software engineering..
Tiba tiba,hp aku berdering..ape lagi,aku lantas menjawab panggilan tersebut..kawan aku rupanya..dia nak datang rumah sebab nak mengadu dengan aku ttg masalahnya berkaitan dengan cinta..
Sebenarnya,bab bab cinta ni,aku kureng sikit..bukan apa,bagi aku cinta ni Cuma permainan hidup..kadang kadang kita happy sebab cinta tetapi,kadang kadang kita sakit sebab cinta..
Oh ya,sebenarnya rakan aku ni seorang yang boleh tahan jugak..entah kenapa dia terlalu menyayangi pasangannya?sehingga ada yang sanggup buat apa aje untuk dia demi memiliki cintanya tapi semuanya gagal..kelakar!!aku macam nak tergelak je bila dia cakap macam tu..
Masalah sebenarnya bukanlah berkaitan dengan apa yang aku cite kat atas tapi kehadiran seseorang didalam hidupnya ketika dia memerlukan seseorang..aku berpendapat berkemungkinan dia dah mula menyukai orang yang baru muncul dalam hidupnya..aku dah tengok gambar nya..wow,boleh tahan jugak..persis gaya seorang model,tapi bagaimana dengan cinta pertamanya..
Perlukah dia memberitahu pasangannya
ttg ini..atau dia harus meninggalkan cintanya atau sebagainya..kalau aku lah ditempat kawan aku,sudah pasti aku akan memberitahu..bagi aku,benda sebegini sebenarnya tidak perlu dirahsiakan sebab lambat laun,dia akan tau jugak.
Aku suruh dia pilih yang terbaik..ketepikan sayang..utamakan siapa yang mampu memberikan kebahagian..dan tanyakan pada diri kita,mampukah kita membahagikan masa kita pada mereka dan sebagainya..kalau mampu apa salahnya..
Tapi menurut kawan aku,dia pernah bergurau dengan buah hatinya berkaitan dengan orang ketiga..sememangnya buah hatinya tidak dapat menerima keadaan tersebut bila harus berkongsi hati dalam satu masa yang sama..
Susah jugak ek..tapi bila dia mengajukan pertanyaan sebegitu kepada aku,aku berpendapat,dia perlu bertanyakan diri sendiri samada dia memerlukan siapa didalam hidupnya?adakah sekarang ini dia bahagia dengan cinta yang dimilikinya sekarang dan adakah dia merasakan bahawa orang yang baru muncul didalam hidupnya perlu di terima?
Kalau dia rasa dia harus meninggalkan cinta pertamanya,tinggalkan jelah.. mungkin tak lah sesakit mana pun sebab dengan ada nya orang yang ketiga,mungkin segala kekecewaan dan kesedihannya dapat di ubati..
Bukan aku suruh dia jadi orang yang mementingkan diri sendiri tapi,kalau kita rasa apa yang kita lakukan adalah jalan yang terbaik,teruskan..yang lepas,biarkan berlalu..jangan di kesali apa yang telah lepas..apa yang penting,perbaiki diri kita,dan lakukan yang terbaik untuk diri kita di masa akan datang..jangan sesekali kita ulangi lagi kesilapan yang telah kita lakukan..ianya pasti akan merugikan diri kita sahaja..

5 comments:

Mad Izatie said...

oi kau. bila dapat kau cuti, oi, kita lepak makan ice cream gik oi. rindu aku ngan kau bahhhhh. banyak mok cerita ngan kau tok oiii.

sapa kawan kau ya ha? tedah. susah bah. mu sikda orang mok disayang, susah. mun ada , susah mok jaga. susahhh.

bah kau. call aku bah. eee geram aku oi. rindu oiiii.

Wanpetunjuk said...

hehehehe.....ceritera sebuah permainan dunia....itulah yang tertulis....

Zoulkieflie said...

Mad Izzatie ~ zat,mun aku free,i let u know..

Wan Hidayat ~ yes wan,i believe that 'ceritera adalah sebuah permainan dunia'..but,kenapa permainan dunia terlalu berat untuk di pikul dan lalui..

Adi Osman said...

permainan cinta?

fendiosman tak reti nak jawab apa2 la sebab hati fendiosman ni dah keras...takde kisah pasal cintan cintun neh. kalau ada...ada, kalau takdak...biaq pi la.

sekarang neh...yang fendiosman tau, kerja kerja kerja dan kerja. biaq pi la orang nak kata apa pun, asalkan fendiosman bahagia.

kan?

Zoulkieflie said...

Abg Fendy ~ zoul setuju..apa yang paling penting,keja kan..cinta boleh datang dengan sendiri..kalau ada,ada lah..
apa yang penting,hidup kena happy..dan bahagia selalu..