Apa yang penting,segala kekurangan haruslah di tingkatkan agar kita tidak lagi mengulanginya..
Oh ya,pada minggu lepas,tanggal 29 hb Disember 2007 hingga 1hb Januari,aku telah pergi ke Kulai,Johor Bahru dimana tempat kelahiran Abg Tepak kita..selama 4 hari,sememangnya tidak puas dan cukup untuk aku menjelajah kesemua tempat yang ada di sana..
Pada hari pertama,kami sampai ke lapangan terbang Senai pada pukul 11.15 malam..selepas beberapa minit menunggu adik abg tepak,akhirnya dia pun sampai..kami terus meluru laju ke Danga bay untuk makan tengah malam..pada ketika itu jugak,kami mengajak beberapa teman abg tepak untuk join sekali..biasalah,kampung halaman dia kan,mesti banyak member..
Pada hari pertama,lepas makan,kami pun terus balik kerumah abg tepak kerana pada keesokkan harinya,banyak lagi aktiviti yang nak di lakukan oleh aku dan abg tepak..
Pada hari kedua,selepas sarapan di rumah abg tepak,kami dengan segera bersiap untuk meneruskan perjalanan kami..tepat ke destinasi yang seterusnya..pukul 10 pagi,kami telah pun sampai ke sempadan Singapore..dengan diiringi oleh beberapa teman,kami terus meluru ke satu tempat di mana kemudahan seperti teksi disediakan..tanpa berlengah lagi,kmk terus menaiki teksi tersebut lantas meluru laju ke Singapore..
Ketika tiba di Singapore,aku dapat rasakan bahawa negara itu mementingkan kebersihan..kalau nak merokok pun kena merokok di tempat yang tertentu sahaja..tak macam kat malaysia,kat mana mana pun boleh merokok..
Pada waktu itu,kebetulan Singapore tengah buat sale sempena Chrismas Eve..apa lagi,shopping lah jawapannya..memang happening gila shopping kat singapore..walaupun mata wang dolar,tapi masih murah..setelah penat,kami berehat seketika untuk makan di Burger King yang ada kat sana..selepas beberapa minit,kami teruskan perjalanan ke beberapa buah shopping mall yang ada kat situ..memang seronok bila berada di Singapore..next time,aku mesti pergi lagi..
Akhirnya,tepat pukul 10 malam,kami pun pulang semula ke Johor bahru..setelah tiba di Johor Bahru,sebelum balik rumah,kami singgah sebentar di warong yang berhampiran untuk makan..selepas itu,selepas penat berjalan sepanjang hari,kami pun pulang..Pada hari ketiga,tepat 10.30 pagi,kami pergi ke Pasaraya Giant yang berhampiran kerana ibu kepada abg Tepak hendak membeli barang barang dapur..dengan di temani adik abg Tepak,kami membeli apa apa yang patut di masak untuk santapan tengahari..
Pada pukul 11.55,makanan telah pun siap dimasak..apa lagi,jom kita makan..kesemua makanan memang menepati citarasa aku..tak penah aku rasa hidangan yang selazat itu..
Selepas itu,kami berehat seketika lalu tertido..bila terjaga,jam telahpun menunjukkan pukul 6 petang..sebenarnya,pada pukul 8 malam,kami ada temu janji dengan Tunku untuk makan malam..
Setibanya kami di rumah Tunku,aku dapat saksikan beberapa kelibat di sana..kami di arahkan untuk duduk dan aku sempat berborak dengan beberapa orang disana..abg Tepak tengah sibuk melayan Tunku..yelah,lama tak jumpa kan..oh ya,sebenarnya pada malam itu adalah malam tukar tahun yang mana kita akan meninggalkan tahun 2007..
Selepas makan malam di rumah Tunku,kami bergegas menuju ke Mutiara Hotel untuk menyambut tahun baru bersama Tunku dan yang lain lain..

Memang meriah sambutan yang ada kat hotel tersebut..memang sukar untuk aku lupakan kerana bukan senang untuk menyambut perayaan sempena tukar tahun dan berhibur bersama Tunku..ianya pasti pengalaman yang tidak bisa aku lupakan..
Dan hari keempat,adalah hari yang terakhir aku di Johor..perasaan sedih memang ada dan perasaan tak sabar nak balik semula ke kampung halaman pun ada..apa apapun,pada hari terakhir aku di johor adalah hari yang amat memenatkan..selepas sarapan di rumah abg Tepak,kami tanpa membuang masa terus pergi ke bandar untuk shopping untuk kali yang terakhir..pada waktu,aku sempatlah membeli beberapa barang keperluan..selepas itu,kami singgah sebentar di Secret Recipe untuk makan tengahari..
Pada petang itu,aku akan meninggal abg Tepak untuk beberapa hari kerana abg Tepak akan pulang ke Penang dan aku terus ke Miri..Pelbagai pengalaman yang aku timba semasa percutian ku kali ini..
Jam menunjukkan tepat pukul 6.30 petang..aku telah tiba di lapangan terbang Senai..aku terus check-in dan tidak lama selepas itu,aku pun terus berbaris untuk masuk kedalam boarder yang di sediakan..Ketika di dalam pesawat,ada satu pergaduhan telah berlaku diantara penumpang dan pramugari..memang kelakar dan aku tabik spring kat pramugari tu sebab cara dia menyelesaikan masalah tersebut dengan bersahaja..memang ini kali pertama aku melihat pergaduhan sebegitu..
Tepat pukul 9.45malam,penerbangan daripada Johor Bahru ke Miri pun selamat mendarat..

Apa apapun,aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada abg Tepak serta keluarga yang menjaga aku dan melayan aku dengan baik..tak sabar rasanya nak tunggu bulan 4 sebab pada bulan tersebut,aku akan bercuti semula ke kampung halaman abg Tepak..heehee..

10 comments:
wahhh
dah update ek!
syawal kawan fendiosman kata zoul ni pemalu....ehhehehehe
best kan Johor.. ha tu lah.. tu baru sikit je tu..
Abg Fendi ~ A'a..dah update..balik drpd bercuti je terus update blog..bukan apa,takut nanti lupa saat saat indah bercuti bersama..chewah..
Syawal cakap Zoul ni pemalu..?
sebenarnya zoul malu kat syawal je..hehee..tet..abg,zoul tak cukup rehat dan demam aritu..sebab tu lebih banyak mendengar daripada bercakap..(bercakap hanya bila perlu je..)
awat malu kat syawal taktau?
ada apa apa kaaaaaaaaa?
teeeetttt
Abg sham ~ Johor mmg best..tapi sayang,tak sume tempat i pegi..yelah,4 hari je kan..tak cukup bro..
Abg Fendi ~ Abg,takde makna nya nak malu malu..hehe..zoul biasa biasa je..ade jugak borak dengan syawal aritu guna bahasa sarawak..nampak je pemalu,tapi sebenarnya tak..kalau tak percaya,tanyalah kat abg tepak..teet...
owh..
i'm comin tuk lawat melawat..
buley ka erk??
mmm....happy la boleh jalan2 hujung tahun. Nanti time Jellyfish pulak ke JB.....tunggu ek
Salam...been busy lately, finally ur dream came true...like aca song, "berdua lebih baik" kan....i'm happy to see both of you plus the rest in happy mode celebrate new year...that must be unforgettable xperience to u...keep it bro....where next???.
Wish and pray for u and the person you love the most in happiness all the time...
Nadzeem ~ Lawat je..no hal..
Ejay ~ sekali sekali..saje nak release tension..
Wan Hidayat ~ Salam..i pun bz gak n my class tak lama lagi mula untuk 2nd sem..
hah,where's next..?ayo..kalau pi dengan abg tepak,insyaAllah bulan 4..but also in Johor..tapi lebih dari 4 hari..takde lah berkejar masa sangat..
woww w.. bess tuh .. lagi2 ngan bang tepak yang selalu jump ke sana ke mari ..
bess bess
;)
next time dtg KL bleh laa enjoy sakan sekali
:)
Post a Comment