Pagi ini,aku telah di datangi oleh seorang teman sekerja yang ingin meminta derma bagi pihak adiknya..sebenarnya,program menderma ni adalah dari pihak sekolah..
Terkenang seketika semasa aku di sekolah rendah..ketika itu,kesemua murid di wajibkan untuk mencari seberapa banyak wang untuk program tersebut..
Kadang kadang,aku terfikir jugak,apakah motif pihak sekolah mengadakan program tersebut..usia murid murid di sekolah rendah di bawah 12 tahun.mungkin didalam lingkungan usia tersebut ada yang boleh berfikir secara matang dan mungkin tidak..oh ya,tidakkah mereka sedar bahawa keselamatan mereka berkemungkinan terancam..yelah,dengan pergi rumah kerumah kadang kadang menyebabkan mereka seolah olah hampir dengan pemangsa yang berkemungkinan berniat jahat terhadap mereka..bukan apa,sekarang ni,bermacam macam kes yang kita dengar yang mana melibatkan mangsanya adalah kanak kanak di bawah 12 tahun..perlukah kita memekakkan telinga dan mengabaikan benda tersebut..kadang kadang,aku risau jugak..apa apapun,aku harap,budak budak ni mampu menjaga keselamatan diri mereka..
Friday, February 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 comments:
jangan kata zaman sekolah .. zaman uni pun banyak jugak nak kena derma ..
macam2 jenis derma nya ... tapi kalau untuk membantu orang susah ape salahnya
:)
Lily Lulu ~ yelah kan..zaman uni pun ada gak..hehe
memang niat kita iklas menderma kepada mereka yang memerlukan tapi cuma risau akan keselamatan mereka..rambut sama hitam cuma hati lain lain..hehe
Post a Comment