Thursday, June 5, 2008

Sepanjang aku di Penang Dan Kl..

11.45 malam (29/05/08) – Tiba kat LCT..dari flight Miri ke KL..ngantok giler..masa kat LCT,aku kena berjaga sampai 6.55 pagi (30/05/08) coz pada jam tu,aku akan terbang pulak ke Penang..nasib baik mak saudara sekeluarga ada datang untuk temankan aku kejap..kalau tak,entahlah..but dalam 2.30 pagi,mereka dah kena gerak coz dah tak larat nak tunggu..apa apapun,thanks la ye..

4.15 pagi (30/05/08) – Kat LCT..sorang sorang je..bosan..lama lagi nak tunggu flight ke Penang..mengikut jadual,aku akan bertolak ke Penang pada pukul 6.55 pagi..mata mengantuk gila..tapi kena jugak tahan coz takut nanti tak sedar..tak pasal pasal kena tinggal flight..sapa nak jawab?
Kat sini,aku boleh nampak ramai muka suku kaum iban..yelah,masing masing nak balik beraya kan..tapi aku tak berani nak sapa coz tak kenal..tapi aku dapat rasakan yang mereka tak sabar nak balik ke kampung..yelah,lama tak jumpa keluargakan..dan apatah lagi dapat merayakan sambutan hari gawai..

8 pagi (30/05/08) – aku dah sampai Penang..tunggu punya tunggu,akhir aku nampak jugak budak Nikli ni..bukan apa,dia janji nak pi ambik aku..yelah,kebetulan pulak dia ada kat sana..so,aku ok je..


Selepas tu,kami singgah kejap kat Bukit Bendera..erm,takde benda sangat aku nak cita masa aku sampai kat sana..apa apapun,aku sediakan beberapa gambar semasa aku berada kat bukit bendera tempoh hari..check it out..

10.30 pagi (31/05/08) – seramai 3 orang,kami bertolak dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Encik Nikli..dari Penang terus ke KL..dalam 2.30,kami selamat sampai ke KL..

Sebelah malamnya pulak,aku mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan bloggers yang mana ada kat KL..kami berjumpa kat William..sebut pasal William,mesti ada ingat Lili Lulu kan..dialah salah seorang blogger yang aku jumpa..best giler masa berkumpul dengan mereka..aku seperti biasa,akan menyediakan beberapa gambar untuk tatapan..check it out..

01/06/08 – Seawal 6 pagi,semasa aku terjaga,aku membuka hp aku..aku dapati ada mesej daripada Nikli,member yang mana membawa aku sepanjang aku di Penang dan beberapa jam di KL..Actually,budak ni bagitau aku yang dia akan bermalam kat umah membernya kat KL walaupun pada sebelumnya dia ingin balik pada sebelah petang hari tersebut..memandangkan aku ingin berjumpa dengan member member bloggers,so dia terpaksa membatalkan niatnya untuk balik pada sebelah petang dan digantikan pada keesokkan harinya..tapi apa yang mengejutkan aku,selepas balik dari menghantar aku,dia terus pulang ke Jb..ketika itu,jam menunjukkan 1.30 pagi dan sememangnya aku rasa bersalah kerana membawa dia ke William..kalau aku tidak mengajaknya pergi ke William,sudah pasti dia dah boleh balik petang..dalam masa yang sama jugak,sememangnya aku tidak tahu yang dia tidak bermalam kat KL..
Alangkah terkejutnya aku apabila membaca mesejnya yang menyatakan dia sudah selamat sampai ke JB..I’m so sorry beb..

10 pagi (01/06/08) – sepanjang hari aku berada kat Sogo,KL..ketika waktu untuk makan tengah hari,aku mengajak mak cik aku makan kat Food Court yang ada di sana..

Jadi,itu la cita aku sepanjang kat Penang dan KL..Sekarang ni,aku berada kat JB,dan aku akan update cita aku sepanjang kat JB setibanya aku di Miri nanti..chow..

11 comments:

MOLY said...

zoul . nice meeting u
seronok jumpa zoul !!
:)

len kali adarezeki kita jumpa lagi k ...

:D

Alex Madina said...

wahhh....bestnya jalan-jalan di penang. tak sampai lagi.

Inah said...

nice meeting u zoul..hehehe..siap share pinggan lagik..hahahaha

ade masa..jumpa lagik :)

Ziana said...

zoul!!!!
me tooo!!!!
nice meeting u!!!
:)

kalau tron kl...calling2 ye
:)

shahril aley said...

rasa mcm sekejap je jumpe malam tu ye zoul...

next time kalau ade rezeki boleh jumpe lagi ye :)

mesti best percutian ke semenjung kali ni. banyak aktiviti dapat buat, jumpe bloggers....

[tErOmPaH bIrU] said...

wah.. seronok dpt jalan2 waktu cuti tok tek.. tentunya ia satu perjalanan & pengalaman yang menyeronokkan :)

anyway, thanks sebab sudi singgah kat blog kmk. i'm proud to be Mirian too ;p

Zoulkieflie said...

Lili Lulu - zoul pun seronok gak coz dapat jumpa Lili yang comel..hehe..
InsyaAllah..

Alex - penang tak sampai lagi..datang la..tempat dia memang best..:)

Kak Inah - same here sis..
next time kita share gelas pulak ya..hehe..ops..

Ziana - InsyaAllah,nanti kalau datang KL,kita calling2 ye..cheers..:)

Aley - a'a,sekejap je kita melepak kat wiliam malam tu kan..yelah masing masing nak balik..hehe..
anyway,nice meeting u..cheers..:)

Along - salam..percutian kali towk kira ok juak la..walaupun cuma dalam malaysia nak,tapi kepuasan untuk pergi ke tempat orang ya terasa..
me too proud to be mirian..:)

@xiM said...

zoul,nice meeting you too!!!

*matilaaaa sama macam komen yang lain lain...tadak ubah apa pun..haha

Zoulkieflie said...

Azim - Tak kesah lah..nice meeting u too..hehe..

NN said...

zoul,
nanti turun laa penang lagik..
time i cuti okehh..
:)

axim pon ada skali..

Zoulkieflie said...

Nikli - memang nak pegi lagi coz aritu,tak cukup masa nak jelajah satu penang..
boleh aje bawak azim..dia kelakar..haha:)