Friday, September 21, 2007

KEMPEN BERHENTI MAKAN AYAM DAGING

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini marilah berhenti memakan ayam daging yang dijual dipasar-pasar. Sebab-sebabnya adalah seperti berikut,kajian menunjukkan bahawa 92 peratus penternak ayam daging di Malaysia terdiri dari bangsa asing yang bukan beragama Islam. Mereka ini secara suka-suka akan menaikkan harga ayam tanpa menghiraukan harga siling yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Alasan mereka ialah harga makanan ayam telah naik dengan mendadak. Selalunya apabila makanan ayam naik 10% , harga ayam dipasaran akan dinaikkan sebanyak 30%.
Kajian juga menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar anak ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Mereka juga akan suka-suka menaikkan harga anak ayam tanpa sebarang sebab.Kajian juga jelas menunjukkan bahawa 100 peratus pengeluar makanan ayam adalah terdiri dari bukan Islam. Pengeluar makananlah yang selalu disalahkan bila harga ayam dipasaran naik. Memang mereka bersalah kerana bersubahat dan berkomplot dengan penternak ayam dan pengeluar anak ayam untuk menaikkan harga terutama apabila umat Islam akan berpuasa dan juga semasa menyambut hari raya.
Semua orang tahu bahawa 100 peratus penjual ayam bahagian makanan halal dipasar adalah terdiri dari orang Melayu yang untungnya sangat rendah kerana tersepit diantara kenaikan harga dari pembekal dan kawalan harga dari kerajaan. Mereka ini boleh berhenti menjual ayam dan menjual daging sekiranya bangsa sendiri tidak lagi makan ayam.Ayam daging yang kita beli dipasar bukan lagi ayam yang sebenarnya. Ianya adalah sejenis modifikasi bahan makanan. Ayam-ayam moden hari ini kelihatan semuanya memakai baju yang sama. Mereka didudukkan di dalam bilik yang sempit dan diberi makan mengikut peraturan. Ayam-ayam ini juga diberi pelbagai jenis pil dan hormon agar ianya 'kelihatan' subur dan menarik apabila ianya telah disembelih untuk dijual di pasar. Ayam-ayam ini juga tidak pernah mengotorkan kaki mencakar tanah mencari cacing. Badan ayam-ayam ini tidak pernah dipanah oleh cahaya matahari. Bayangkan dalam masa 40 hari dari sebiji telor yang menetas dengan kuasa eletrik, ianya siap sedia untuk dihidangkan ke meja makan.
Selain daripada itu,ramai penternak ayam masih menggunakan sejenis antibiotik yang mempunyai kesan karsinogenik (penyebab barah) dan boleh merosakkan sistem saraf pusat. Nitrofuran, satu kelas drug yang amat toksik digunakan untuk mengawal penyakit yang menyerang ayam ternakan. Seorang doktor haiwan di Johor, mendapati rintangan terhadap antibiotik tersebut telah wujud dalam sekumpulan ayam ternak yang dirawatnya.Mereka yang kerap memakan daging ayam kini perlu lebih berhati-hati berikutan kadar hormon yang tinggi pada haiwan itu boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan. Pensyarah Fakulti Farmasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr. Mohd Zulkefeli Md. Jusoh berkata, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis 'ayam daging' akan membawa kepada ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.Lebih membimbangkan lagi katanya, dalam tempoh jangka panjang, mereka yang kerap memakannya menghadapi risiko penyakit kanser."Secara amnya, tubuh kita memang mempunyai sistem kawalan bahan-bahan asing. tetapi ia hanya berfungsi untuk tindak balas jangka pendek sahaja dan tidak dapat menentukan apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.Menurut Mohd Zulkefeli, kulit ayam juga boleh mendatangkan kemudaratan kerana ia banyak terdedah kepada pelbagai bahan kimia yang beracun.
Justeru, beliau mengingatkan orang ramai supaya memastikan bahagian itu ketika membeli ayam daging di pasar.Beliau bagaimanapun tidak menggalakkan orang ramai memakan kulit ayam kerana mengandungi kolesterol yang tinggi dan berpotensi menyumbang kepada penyakit jantung.Perkara sama turut dibangkitkan oleh pakar pemakanan daripada Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM).Pakar tersebut yang enggan dikenali berkata, pembesaran ayam daging yang bergantung kepada tindak balas hormon memudaratkan sistem pertahanan badan manusia yang memakannya."Hormon yang terkumpul dalam badan manusia itu boleh menjadi punca kepada penyakit sekiranya sistem pertahanan badan gagal meneutralkannya (hormon) dalam tempoh singkat.""Apabila bahan-bahan yang tidak biasa diproses ini gagal disintesis dan dipecahkan, ia boleh memberikan kesan apabila tua kelak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.Tambahnya, selain hormon, ayam daging juga mempunyai kadar kolesterol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein.Keadaan ini meningkatkan lagi risiko didatangi penyakit-penyakit seperti penyakit jantung, diabetes dan masalah kegemukan."satu perkara yang perlu disedari adalah ayam daging membesar secara tidak normal. Justeru, adalah dikhuatiri ia juga boleh menjadi penyebab kepada penyakit-penyakit baru yang tidak pernah wujud sebelum ini," ujarnya.Saya menyeru anda semua supaya berhenti membeli ayam daging dipasaran yang telah diubahsuai susunan genetik nya, dikawal harganya oleh golongan kapitalis, diracuni serta telah menjalani food programming secara kaedah yahudi yang sangat memberi kesan kepada pertumbuhan minda, boleh menyebabkan mati pucuk serta mandul dan juga menjadi punca utama kepada kanser rahim serta kanser payudara.

Thursday, September 13, 2007

Salam Ramadhan...

Salam…
Alhamdulilah..hari ini,semua umat islam mengerjakan fardhu puasa yang pertama di bulan ramadhan pada tahun ini...bagi aku,secara peribadinya aku berpendapat bahawa bulan ramadhan ini adalah bulan yang paling afdal untuk kita mendekatkan diri kita kepadaNya..


Pagi pagi lagi,aku telah di kejutkan oleh teman serumah untuk sahur bersama..dengan malas nya aku bangun lalu menuju ke tandas untuk mencuci muka..selepas itu,dengan muka yang sedikit mengantuk,aku dengan muka slumber nya pergi ke meja makan lalu mengambil makanan yang telah di sediakan..teman serumah aku telah memasak pasta..memang sedap..walaupun selera makan pada waktu pagi kurang,tetapi aku bedal jugak..sampai licin beb..hehehe..

Oh ya,hari ini,adalah hari pertama aku dengan ofis yang baru..pada bulan lepas,aku telah di maklumkan oleh Encik Agan,Supervisor aku untuk berpindah ke ofis yang lain..
Sememangnya pada waktu ini aku terlalu sibuk sehingga tidak mampu untuk meng’update’ blog aku..seminggu setengah aku kena ajar budak baru yang mengantikan tempat aku..nasib aku baik sebab budak yang aku ajar senang faham dan bersungguh sungguh untuk belajar..


Rasanya,setakat ni jelah I dapat aku kongsikan untuk kali ini..keja yang berlambak membuatkan aku tiada kesempatan untuk menaip lebih panjang lagi..
Untuk semua umat islam yang mengerjakan amalan puasa,aku mengucapkan selamat berpuasa..