Thursday, October 18, 2007

Sepanjang Hari Raya 2007..


Terdengar laungan takbir dari surau yang berdekatan,membuatkan perasaan ku sayu mengenangkan nasib mereka yang beraya tanpa keluarga di sisi..pendek katanya,mereka yang hidup di perantauan yang mecari rezeki untuk menanggung kehidupan mereka..
Pada hari raya yang pertama,setelah menunaikan sembahyang raya dengan jemaah yang ada,aku pulang kerumah dan bersiap sedia untuk pergi ke rumah nenek ku yang ada di Kpg Luak..tetapi sebelum itu,kami bermaafan sesama sendiri terlebih dahulu..dengan perasaan seribu satu keinsafan,aku memohon keampunan daripada kedua ibu bapaku..
Perjalanan mengambil masa selama 15 minit untuk sampai rumah nenek ku..
Tiba di rumah nenek ku,aku melihat terlalu ramai saudara mara ku..riuh rendah dan banyak cerita yang di konsikan bersama..yelah,lama tak jumpa kan..masa macam ni je lah kita dapat berkongsi cerita..mana tak nya,masing masing sudah berkerja dan tiada masa untuk melepak dan berjumpa..
Dalam hari raya yang pertama,tidak banyak rumah yang aku pergi…aku Cuma berkesempatan untuk pergi ke rumah saudara mara ku yang tinggal berdekatan sahaja..


Bila tibanya hari raya yang kedua,ketika di rumahku,ibu ku telah menghidangkan mee jawa kepada kami sekeluarga dan saudara mara yang terdekat..selepas menikmati mee jawa ibu aku,aku menhidupkan api rokok ku lalu menyedutnya dengan perlahan-lahan..tiba tiba,saudaraku,Faizal serta temannya datang kerumah aku..aku menjemput mereka masuk..Hari raya kedua,aktiviti aku kurang dan aku lebih selesa untuk menunggu tetamu yang akan datang ke rumah..


Pada hari raya yang ketiga,kami sekeluarga telah membuat rumah terbuka..aku telah menjemput rakan rakan sekerja serta rakan rakan lama yang masih berhubung dengan aku..kami menghidangkankan pelbagai juadah kepada tetamu yang datang..walaupun pada hari itu,hujan turun dengan lebat,tetapi ianya sedikit pun tidak menganggu rumah terbuka pada hari itu..memang tidak menang tangan di buatnya..tapi aku seronok..yelah,bukannya selalu rumah ku di penuhi dengan orang yang ramai..

Pada hari yang seterusnya,tiada apa yang dapat aku kongsikan kerana pada hari raya yang ke-4,aku sudah mula bekerja dan tiada berkesempatan untuk pergi beraya..
Akhir sekali,aku mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan rakan islam yang menyambut hari perayaan tersebut..aku memohon 10 jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan terlepas tingkah laku yang tidak sepatutnya…

Sunday, October 7, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

SALAM

Hanya tinggal beberapa hari lagi,semua umat islam akan meraikan hari kemenangan setelah sebulan kesemua umat islam menahan diri daripada lapar dan dahaga serta godaan yang perlu di elakkan..
Hari ni,aku di rumah keluarga aku..sememangnya rumah aku berselerak kerana kami lebih suka membuat persediaan di saat akhir..kemeriahannya lebih terasa..
Jam menunjukkan pukul 4 ptg..hanya tingal beberapa jam lagi nak berbuka..ibu aku di dapur sedang menyediakan bahan bahan untuk membuat kek raya..manakala bapa dan abg aku sedang membaiki peralatan serta barang barang yang perlu di baik pulih..
Tahun ni,persediaan aku untuk menyambut hari raya puasa ala kadar..aku hanya menyediakan 2 pasang baju melayu,3 pasang kemeja-t dan sehelai seluar panjang..cukuplah untuk sambutan hari raya tahun ni..apa yang masih elok di gunakan,just pakai..yang penting,hati kena bersih..
Aku rasa,sampai di sini dulu..banyak lagi keja yang perlu aku lakukan selepas ini..sebelum aku blah,di bulan yang baik ini,aku ingin memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa atau apa apa jua kesalahan yang di sengajakan atau tidak sengajakan…aku mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin kepada semua…

Monday, October 1, 2007

Selamat Tinggal "Negative Thinking...."

Salam Ramadhan di ucapkan kepada semua..saje nak tulis blog hari ni..

oh ya,aku rasa ada kelainan pada diri aku..waktu ni aku gembira sangat..entahlah,mungkin ada sesuatu yang menyedarkan aku agar mengutamakan diri sendiri dahulu berbandingkan orang lain..yelah,tak semua orang tau yang aku ni tengah sedih ke,gembira atau sebagainya..jadi,aku dah jumpa kehidupan ku yang sebenar..
so,apa yang penting,waktu ni aku mesti mencontohi member aku yang seekor ni agar meletakkan karier di tangga yang utama...betul jugak kata budak tu..mungkin aku ni dulu suka berfikiran negatif..yelah,budak budak kan..sikit sikit orang cakap,nak ambik hati..lepas ni,better lah kalau aku fokus pada karier aku yang baru bertapak ni hah..
akhir sekali,selamat tinggal penderitaan..no more negative thinking...aku akan buat yang terbaik untuk diri aku agar menjadi seorang yang suksess di dalam kehidupan dan di segani oleh masyarakat di masa hadapan...