Monday, April 21, 2008

Happy Birthday dad..:)

Tanggal 21 April adalah befday bapa aku..masa aku balik keja,aku ada nampak cake atas meja dan niat aku nak masuk kelas di batalkan..bagi aku,kelas boleh diganti pada bila bila tapi ulangtahun bapa aku yang ke 49 cuma sekali dan pada tahun depan,angka 49 akan bertukar ke 50..so,aku just join family aku kat umah je..walaupun sambut dengan family je,tapi seronok coz family aku jarang nak berkumpul..

To My Lecturer,"I'm so sorry because i cannot attend ur class tonite..hehe..i see u next week ya..:p.."hehe..

Akhir sekali,kepada Daddy aku yang tersayang,Selamat Ulangtahun yang ke 49..present postponed ye..hehe..ok dad,i luv u..:)

Friday, April 18, 2008

Rambut Pacak,Mati Cicak..:)

argh!!!

Kemana menghilangnya cicak yang sentiasa menemani aku tiap tiap malam??


Sunyi rasanya takde bunyi cicak malam ni..


i miss u so much cicak..

Thursday, April 17, 2008

Jakarta and Bandung,Indonesia..

Ini adalah hari pertama aku di Jakarta..pada hari pertama,aku mengunjungi Taman Tema Dufan..Tempatnya memang menarik dan sesiapa yang ingin datang ke Jakarta,tidak lengkap rasanya kalau tidak mengunjungi Taman Tema ini..

Masa kat Taman Tema tersebut,memang banyak permainan..aku apa lagi,layan..hehe..gambar atas tu adalah sebahagian daripada permainan yang ada kat situ..

Sempat bergambar dengan mereka yang menjadi model kat taman tersebut..

Sebelum mereka manamatkan pertunjukkan mereka,mereka memberikan satu persembahan yang agak menarik..

Pada sebelah malam nya,kami mengunjungi Shopping Mall yang agak besar di sana..ketika kami sibuk membeli barang,tiba tiba aku ternampak Marcell,Penyanyi yang memang berasal dari sana membuat persembahan di tingkat bawah..aku segera memanggil abg tepak sebab aku tau abg tepak ni memang minat gila kat suara penyanyi tersebut..aku minatlah jugak,tapi tak lah excited sangat..tapi bila dah ada peluang untuk berjumpa,apa lagi,bergambar je la..hehe..

Hari seterusnya,kami tidak melepaskan peluang untuk ke Bandung..Jakarta ke Bandung dengan menaiki Kereta api..Gambar yang aku sediakan kat atas tu adalah sebahagian daripada pemandangan sepanjang perjalanan aku ke Bandung dari Jakarta..

gambar kat atas tu adalah gambar pada sebelah petang ketika aku di Bandung..tempatnya memang menarik..

Pada hari kedua kami kat Bandung,kami mengunjungi Ladang Teh yang ada kat sana..tempatnya agak dingin..memang best..then,sebelum kami mengunjungi tempat seterusnya,aku sempat membeli buah Strawberry..memang sedap..fresh giler..

Kami sempat jugak singgah ke rumah orang pertama yang mengusahakan Ladang Teh tersebut sejak berpuluh tahun yang lalu..rumah tersebut memang menarik..lengkap dengan perabot..

Keesokkan harinya,kami pun pulang ke Jakarta dan terus ke Airport..(mau balik ke Malaysia sudah)hehe..

Semasa tiba di Johor,member baru aku,Nik dan abg Rosli datang menjemput aku dan abg Tepak..Kami terus ke rumah Tengku untuk makan malam..makanan yang di sediakan memang sedap sedap belaka..apalagi,layan..hehe..

Setelah makan malam kat rumah Tengku,kami singgah pulak kat 'Singgah Selalu Restoran' untuk 'ngeteh' bak kata abg Tepak..

Hari terakhir kami di Johor,takde cite sangat..cuma adalah tangkap gambar sikit kat Airport Senai..ni lah hasilnya..hehe.

Masa kat dalam kapal terbang,semasa abg Tepak tido,aku merayap kat belakang..bosan..better pi lepak dengan awek2 cun yang ada kat belakang..(Stewardess)..Sebelum berpisah,aku sempat bergambar dengan mereka..

Rasanya,setakat ni je yang mampu kongsikan..sememangnya pengalaman aku kali ini menyeronokkan..banyak benda yang aku blaja di tempat orang..and thanks to Abg Tepak jugak kerana banyak menunjukkan jalan dan sebagainya..:-)

(Untuk cerita yang lebih lanjut,lawatilah blog Abg Tepak..cerita kat dalam blog dia lebih padat)

Friday, April 11, 2008

My Suprise Birthday

Simple BYE make me cry,
Simple JOKE make me laugh,
Simple CARE make me fallin' love,
Simple TOUCH make me better,
But i hope my simple HYE make u smile..

Hari ini,awal pagi lagi aku dh terjaga dari tidur aku..walaupun pada malamnya aku tidur agak lewat tetapi entah kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang bermain di kepala aku..
Oh ya,semasa aku tiba di ofis arini agak sedikit pelik..takde orang kat dalam ofis..tapi aku buat slamber je..macam tak biasa..
Then,beberapa minit lepas tu,aku kuar coz abg tepak nak ajak aku pi breakfast..aku ok je..so,aku tinggalkan ofis aku..
Bila tiba di tempat makan yang selalu kami kunjungi,tiba tiba aku melihat kelibat ofismate aku di sana..(no wonder takde kat dalam ofis..rupanya mereka berkumpul kat sana..)huhu…
Then,bila aku kuar je drpd kenderaan aku,mereka dok pakat nyanyi lagu happy birthday ramai ramai..(April 12, ni befday aku)..mereka saje nak wat suprise..malu jangan cakap..merah padam muka beb..haha..tak penah penah kena suprise macam ni..

Apa apapun,thanks a lot la frens coz ingat jugak befday aku..appreciate it so much…thanks also for the present and the flowers..thank u so much.

Friday, April 4, 2008

Percutian ke Johor Bahru dan Jakarta Petang ni..

Salam,
Petang ni,dalam pukul 4,aku dah tolak ke Miri Airport..coz petang ni,aku akan terbang ke Johor dan bila sampai,aku akan terus ke Jakarta..
Betul ke aku akan ke Johor dan Jakarta?bukan apa,petang ni aku akan terbang tapi aku belum packing lagi walaupun satu barang..(bz dengan leka dan blaja sampai takde masa nak packing barang..)hehe..

Walau apapun,aku harap percutian ku kali ini ke Jakarta akan di hiasi dengan 1001 keindahan..

Oklah,aku nak sambung balik wat keja coz sekarang ni aku masih lagi kat ofis..tapi arini,aku cuma bekerja setengah hari je..
Apa apa nanti,aku akan update lagi setelah kembalinya aku ke Miri..ok adios..cheers
:)