Saturday, June 28, 2008

Majlis Doa Selamat

Letihnya badan aku..aku baru je balik daripada majlis doa selamat..tak larat aku nak bercerita panjang..apa apapun,aku sediakan beberapa gambar untuk tatapan..check it out..



Wandi baju kuning..muka nampak excited coz first baby..hehe


Ni gambar bahagian perempuan pulak..

Makan time..haha..

Apa Apa pun,terima kasih di ucapkan kepada Abg Wandi sekeluarga kerana menjemput kami ke majlis tersebut.Walaupun hanya kecil kecilan,tetapi kemeriahannya tetap terasa terutama sekali bila dapat berkumpul dengan saudara mara yang lama tidak berjumpa..

Thursday, June 26, 2008

Ruth Sahanaya - Jiwaku

Rasakan hati kesungguhan ini
Kenyataan yang tak pernah berubah
Cinta kita yang tak akan berpaling,

Terikat hati sampaikan nanti

Jiwaku tak pernah merasa bahwa kau jauh di sisiku
Apapun yang kita jalani semua karena cinta
Ku merasa hati yang terpilih, bahagia ku sepanjang hari
Teriring sampai akhir nanti,
Temani hidup ini

Berat hati untuk mengerti,
Teremosi datang dan pergi

Wednesday, June 25, 2008

Selamat Datai..

Sesape yang tinggal kat Miri tu,kalau ada masa,pegilah KRP Lutong pada 28 Jun ni..kita serbu je ramai ramai..hehe:)..


The SMEP Management Team & the Malaysian Senior
Staff Council
cordially invite you and your family
to the
Shell Malaysia Exploration &
Production Harvest Fest 2008
Gawai Ngiling Tikai & Kaamatan

at Kelab Rekreasi Petroliam, Lutongon
Saturday, 28 June 2008
from 6.00pm onwards

Tuai Gawai: Wee Yiaw Hin
Tuai Pengabang: Greg Hill

Visit Iban, Orang Ulu and Bidayuh longhouses as well as a KadazanDusun home!
Local food & delicacies - traditional Borneo fare, cultural performances and live bands, Miring & Ngeranyai, Ngajat & Sumazau plus a special Country & Western performance by the Tuai Pengabang.

Friday, June 20, 2008

Aktiviti aku hari ni..

Hari ni,aktiviti aku banyak jugak la walaupun arini,shell hanya bekerja setengah hari je..
(Work Hard,Play Hard)

Pada pukul 9pagi,department aku ada conference tentang safety dan sebagainya..ngantok giler aku..apa apapun,aku seperti biasa,tidak banyak crita tetapi aku sediakan beberapa gambar untuk tatapan bersama..

Pukul 12 tengahari,aku dan abg tepak lunch kat Seri Melayu dan after lunch,kami terus menuju ke Masjid Al-Taqwa untuk mengerjakan solat fardhu Jumaat..
Setelah selesai mengerjakan solat fardhu Jumaat,aku hanya tidur kat dalam kereta kerana abg tepak ingin menyelesaikan beberapa perkara dan bila segalanya selesai,kami singgah sebentar ke Citarasa Malaysia yang diadakan di Miri..Meriah dan pelbagai makanan yang dijual..aku seperti biasa,mengeluarkan camera dan menangkap beberapa gambar untuk di letakkan ke dalam entry aku..sekurang kurangnya,orang pahamlah jugak apa yang aku cuba critakan kat sini..ok,check it out..

Then aku dengan abg Tepak duduk sebentar di tempat yang di sediakan..makan makan kejap..hehe

Abg Tepak over pegang otak otak yang daripada Johor..hehe..apa apapun,thanks bro..

Thursday, June 19, 2008

Cerita Semalam...

Semalam,after maghrib,abg tepak call aku..dia ajak aku g makan..seramai 4 orang,kami terus meluru laju ke Tanjong Lobang...Aku seperti biasa,lebih gemar menyediakan gambar berbanding bercerita panjang lebar..hehe..
Sebahagian daripada makanan yang kami pesan..

Candid..gambo tengah makan..(abg tepak,wan n arnett)..

Akhirnya,licin kesemuanya..Then,kami singgah kejap kat Coffee bean..Coz abg Tepak n Wan nak online kejap..Tengok la aksi mereka..

Then,kami pesan beberapa minuman dan cheese cake..sodap..aku lah yang menghabiskan cheese cake tersebut..(tengok badan la..hehe)..

Oklah,sampe ketemu lagi..tapi sebelum tu,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada abg tepak sebab belanja makan kat Tanjong Lobang dan Wan jugak coz belanja minum kat coffee bean..cheers..

Wednesday, June 18, 2008

Ok tak gambar ni..

Aku saje letak gambar ni..ntah lah,aku macam suka je gambar ni..hehe

Saturday, June 14, 2008

Kelas dah mula..


Bosan..kelas dah mula..apa apapun,selamat belajar..hahaha..

Thursday, June 12, 2008

Tahniah Bro..

Salam..
Semalam,kazen aku ajak aku g Hospital..aku ingat dia yang sakit tapi rupanya dia nak ajak aku pegi melawat kakar iparnya yang baru saja selamat melahirkan seorang cahaya mata (Perempuan)..Mengikut laporan,kakak ipar dia sepatutnya melahirkan baby tersebut pada bulan depan..tatapi awal sebelum tarikh yang di tetapkan..apa apapun,tahniah..

Kepada abg saudara aku,Wandy,selamat menjadi seorang bapa ya..yelah,first baby la katakan..hehe..apa apapun,tahniah ya..:)

Wednesday, June 11, 2008

Hari pertama kat ofis setelah bercuti..

Hari ni,hari pertama aku masuk ofis setelah bercuti..penat masih lagi terasa..walaupun penat,keja tetap perlu di selesaikan..

Keja aku memang berlambak..selain nak balas email-email yang terbengkalai,majalah majalah yang baru sampai jugak perlu di key in dalam sistem komputer..

Then masa yang sama jugak aku perlu meletakkan log2 yang memeningkan kepala kat dalam 'Sheet Protector' supaya mudah untuk di baca dan key in..

Apa apapun,selamat bekerja..hehe

Apa ya..

Masa aku buat entry ni,aku berada kat food garden yang ada kat LCCT..bosan giler..nasib baik tadi masa aku tiba kat LCCT tadi dari JB,ada member yang sambut aku..kebetulan kak Inah menghantar kak Ziana ke LCCT..Kak EJ pun ada..so kami sempat tangkap gambar..tu pun tengah rushing..hehe..

Acually,waktu tu,kak Ej n Kak Ziana nak pi Bandung..yang hantar mereka kat LCCT ialah kak Inah..kebetulan pulak masa tu flight aku tiba kat kl dari jb pada masa yang sama..so,aku ambik peluang ni untuk berjumpa mereka..

Bila mereka dah check in,aku minta tolong kak Inah untuk jaga barang aku coz aku nak pi toilet..sakit perut..mana taknya,breakfast minum pepsi n makan burger kat MarryBrown..ada ke patut?

Apa apapun,aku nak mengucapkan berbanyak terima kasih kat member aku yang menjaga aku sepanjang aku disana..thanks jepun coz sudi tumpangkan aku kat rumah dia dan nikli yang membawa aku naik kereta dia g mana mana aje..hehe

Monday, June 9, 2008

Sepanjang hari di JB..

Setelah percutian aku ke Penang dan KL,sekarang ni,tibalah masanya aku bercuti ke JB pulak..actually,takde cita sangat but aku banyak snap gambar..so,entry aku kali ini aku perbanyakkan gambar je la ek..check it out..

Aku,Linda dan Nikli..tapi gambar Budak Nikli takde coz dia yang tangkap gambar aku dengan Kak Linda..

Lepas tu aku sempat jugak berkaraoke..lala

Keesokkan harinya umah Kak Nyta ada kenduri..so,lepas penat membuat kerja kerja kat umah,kami melepak kat beranda rumah..best giler..

Persiapan sebelum menjelangnya kenduri pada malam tersebut..meriah giler..

Sebahagian daripada makanan yang dihidangkan kepada tetamu yang datang..

Sebahagian daripada jemaah yang hadir


Candid..

Sebelum aku menutup entry aku kali ini,aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga abg Tepak kerana melayan aku dengan baik sepanjang aku di sana..segala salah dan silap,harap di maafkan dan jika ada lagi di masa hadapan,sila sila la jemput zoul lagik ek..seronok g kenduri orang..hehe..

Thursday, June 5, 2008

Sepanjang aku di Penang Dan Kl..

11.45 malam (29/05/08) – Tiba kat LCT..dari flight Miri ke KL..ngantok giler..masa kat LCT,aku kena berjaga sampai 6.55 pagi (30/05/08) coz pada jam tu,aku akan terbang pulak ke Penang..nasib baik mak saudara sekeluarga ada datang untuk temankan aku kejap..kalau tak,entahlah..but dalam 2.30 pagi,mereka dah kena gerak coz dah tak larat nak tunggu..apa apapun,thanks la ye..

4.15 pagi (30/05/08) – Kat LCT..sorang sorang je..bosan..lama lagi nak tunggu flight ke Penang..mengikut jadual,aku akan bertolak ke Penang pada pukul 6.55 pagi..mata mengantuk gila..tapi kena jugak tahan coz takut nanti tak sedar..tak pasal pasal kena tinggal flight..sapa nak jawab?
Kat sini,aku boleh nampak ramai muka suku kaum iban..yelah,masing masing nak balik beraya kan..tapi aku tak berani nak sapa coz tak kenal..tapi aku dapat rasakan yang mereka tak sabar nak balik ke kampung..yelah,lama tak jumpa keluargakan..dan apatah lagi dapat merayakan sambutan hari gawai..

8 pagi (30/05/08) – aku dah sampai Penang..tunggu punya tunggu,akhir aku nampak jugak budak Nikli ni..bukan apa,dia janji nak pi ambik aku..yelah,kebetulan pulak dia ada kat sana..so,aku ok je..


Selepas tu,kami singgah kejap kat Bukit Bendera..erm,takde benda sangat aku nak cita masa aku sampai kat sana..apa apapun,aku sediakan beberapa gambar semasa aku berada kat bukit bendera tempoh hari..check it out..

10.30 pagi (31/05/08) – seramai 3 orang,kami bertolak dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu oleh Encik Nikli..dari Penang terus ke KL..dalam 2.30,kami selamat sampai ke KL..

Sebelah malamnya pulak,aku mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan bloggers yang mana ada kat KL..kami berjumpa kat William..sebut pasal William,mesti ada ingat Lili Lulu kan..dialah salah seorang blogger yang aku jumpa..best giler masa berkumpul dengan mereka..aku seperti biasa,akan menyediakan beberapa gambar untuk tatapan..check it out..

01/06/08 – Seawal 6 pagi,semasa aku terjaga,aku membuka hp aku..aku dapati ada mesej daripada Nikli,member yang mana membawa aku sepanjang aku di Penang dan beberapa jam di KL..Actually,budak ni bagitau aku yang dia akan bermalam kat umah membernya kat KL walaupun pada sebelumnya dia ingin balik pada sebelah petang hari tersebut..memandangkan aku ingin berjumpa dengan member member bloggers,so dia terpaksa membatalkan niatnya untuk balik pada sebelah petang dan digantikan pada keesokkan harinya..tapi apa yang mengejutkan aku,selepas balik dari menghantar aku,dia terus pulang ke Jb..ketika itu,jam menunjukkan 1.30 pagi dan sememangnya aku rasa bersalah kerana membawa dia ke William..kalau aku tidak mengajaknya pergi ke William,sudah pasti dia dah boleh balik petang..dalam masa yang sama jugak,sememangnya aku tidak tahu yang dia tidak bermalam kat KL..
Alangkah terkejutnya aku apabila membaca mesejnya yang menyatakan dia sudah selamat sampai ke JB..I’m so sorry beb..

10 pagi (01/06/08) – sepanjang hari aku berada kat Sogo,KL..ketika waktu untuk makan tengah hari,aku mengajak mak cik aku makan kat Food Court yang ada di sana..

Jadi,itu la cita aku sepanjang kat Penang dan KL..Sekarang ni,aku berada kat JB,dan aku akan update cita aku sepanjang kat JB setibanya aku di Miri nanti..chow..