Tuesday, December 16, 2008

Thanks Lili

Nak dijadikan cerita,hari ni,aku dapat sesuatu daripada tok wan..apekah barangnya..tengoklah bawah,tu lah barangnya..comelkan..actually kedua dua benda tu bukannya tok wan yang beli..cuma tok wan tolong sampaikan je..pengirimnya adalah wanita cantik abad ini,iaitu Lili Lulu..ingat jugak ko kat aku ye noq..terlebih sudah..hehe..

comelkan keychain nih,macam pengirimnya jugak..hehe..

yang ni pun aku suka gak..sayang rasanya nak nyalakan..alamatnya simpan je lah..hehe
over aku kan..tangkap gambar yang kat atas ni segala..haha..saje nak tunjuk walaupun tak banyak..aku ada 2 dari thailand..satu dari lili,satu lagi dari MNN..dan yang dari Sabah tu daripada Aley..thanks korang..:)
mengader aku kan hambik gambar ni jugak..haha..actually kebanyakkan pemberian yang aku dapat diletakkan di meja office..sentimental value la katakan..apa yang sentimental ek..apa apalah..
Nampak tak tempat yang aku letakkan stapler tuh..?bekas tu ziana yang kasi masa aku nak terbang balik dari projek Singapura yang penuh dengan kontroversi..kontroversi ape..lu pikir la sendiri..samekom..

Monday, December 15, 2008

Aku tak nak lagi!!!!!!lagu yang agak lucah..haha..

Tuesday, December 9, 2008

Camat Ari Raya AidilAdha..

Semalam semua umat yang beragama islam dan yang bukan islam turut sama sama meraikan perayaan Hari Raya Aidiladha..memandangkan aku malas nak bercerita panjang,aku akan menyediakan beberapa gambar untuk tatapan bersama..


Kusyuk lah kiranya aku dengan wan ni kan..haha

Apa apapun,sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua yang menyambut perayaan ini ya..jaga diri..:)

Friday, December 5, 2008

Entry Pasal Birthday Puleak..

Today is my lovely frenz's birthday..kenal dengan dia dah berbulan lamanya..macam macam yang pernah terjadi diantara kami..chewah..mengader kan..hehe..
Baik yang pahit dan manis,semuanya ditelan dengan rakus..haha..giler apa aku ni..

Apa apapun,di kesempatan ini,aku ingin mengucapkan selamat hari jadi pada kak ngah@ziana yang menyambut hari lahirnya pada hari ini,jumaat..dengan iringan doa dan ucapan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki..amin..

==================================================================

Manakala besok pulak,hari jadi abg angkat aku pulak yang mana dah keluar daripada miri dan terus bekerja di Qatar..

Abg Sham seorang yang baik dan banyak bagi nasihat kat aku ni lebih lebih lagi aku ni seorang budak yang nakal..chewah..mengader kan aku..haha..

Apa apapun,zoul nak ucapkan selamat hari jadi kat abg dan semoga rezeki abg akan bertambah lagi ye..
InsyaAllah,kalau ada kelapangan dan rezeki mengizinkan,kita jumpa cuti gawai nanti k..hehe..:)
====================================================================
*Hari demi hari,tahun demi tahun,yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti..
Sama samalah kita mematang diri kita dan anggaplah segala teguran sebagai ramuan untuk kita memperbaiki diri supaya perhubungan kita diantara satu dengan yang lain akan lebih sempurna lagi..

Thursday, December 4, 2008

Bacalah Dulu..

Salam...
Hari Baru,cerita baru,fesyen baru,gaji baru,cerita baru dan apa yang paling penting,
kehidupan baru..senang citer,semuanya baru lah...hahaha..
Semenjak laptop aku dibedah,agak jarang untuk aku memberikan maklumat
baru pada blog aku..macam tak selesa pulak kalau nak menghapdet kat office kan..
yelah,yang lain sibuk je buat keja tapi aku menghapdet..kan tak sesuai..hehe..
Apa apapun,lepas ni senang sikit aku nak menghapdet coz laptop dah ok kan..hehe..

Oh ya,korang ada nonton citer Awan Dania tak..aku suka giler citer tu lebih lebih lagi Scha yang berlakon..Actually,Scha ni bekas dewi remaja yang mengantikan Annahita..minah ni memang comel lotey la..geram bila menengoknya lebih lebih lagi bila dia melakonkan watak yang diberikan kepadanya secara bersahaja..

alamak,tiba tiba pulak terasa rindu kat member yang dah transfer keluar daripada Miri..
orang tu adalah Yus n Abg Sham..lama tak jumpa mereka..hope dorang happy dengan tempat baru dorangkan..then,sekarang ni,ada jugak huha huha yang aku dengar tentang beberapa member lagi yang nak keluar drpd miri..makin berkuranglah member aku..alamak,terlebih sudah..

*Yang pergi,biarkan pergi..jangan jadikan mereka yang pergi sebagai alasan untuk kita menghancurkan kehidupan kita yang sentiasa inginkan kebahagian..
Kebahagian bukan datang hanya sekali tetapi terpulanglah pada diri kita samaada ingin mencari semula kebahagian yang telah hilang ataupun membiarkan emosi menguasai diri kita..tepuk dada,tanya selera..

Monday, November 24, 2008

Morning semua....

Alhamdulilah,hari ini,segala tenaga ku yang selama ini hilang telah dapat ku perolehi semula..bermuhasabah diri adalah cara yang paling tepat untuk memperbaiki diri kita..apa yang penting,kita sedar siapa kita yang sebenarnya dan apakah matlamat kita dalam hidup ini..

Kini,aku redha dengan ketentuanNya..aku terima apapun hukuman daripadaNya sekiranya aku benar benar melakukan kesilapan tetapi aku tetap akan mempertahankan sesuatu yang yang aku rasa benar..dengan apa cara sekalipun,aku tetap akan lakukannya..tapi belum masanya..

====================================================================

Dear Colleagues,
Please come and collect your Diary & Calendar 2009 from IT Admin Office now.


Diary yang berwarna merah..cantik..i like it..

Calender pun aku suka gak..cantik..


Thanks to Shell Coz bagi kat Staff dia diary n calender yang cantik bangat..staff dia dapat free jek..tak perlu nak bayar..jangan je orang cakap aku nak kikis shell pulak,sudah..huhu..melalut pulak aku nih..
*hidup kita ni umpama 'Rollercoster'..kadang kala kita di atas dan adakalanya kita di bawah..bila kita berada dibawah,baru la kita sedar bahawa langit itu tinggi ataupun rendah..jadi,renungkanlah..

Friday, November 21, 2008

Just a little bit..

Kebelakangan ini aku agak kebizian sedikit..dengan keja dan meeting during office hour dan pada sebelah malamnya menghadiri majlis tahlil yang mana seorang lagi hamba Allah,iaitu temanku,telah kembali kepadaNya..
Dalam masa yang sama jugak,kandungan adik aku terpaksa di gugurkan kerana bayi dalam kandungannya sudah tidak bernyawa lagi..

Wednesday, November 12, 2008

You touched my life
With your softness in the night
My wish was your command
Until you ran out of love

I tell myself I’m free
Got the chance of livin’ just for me
No need to hurry home
Now that you’re gone

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded
Knife
Cuts like a knife
You cut away the heart of my life

When I pretend
Wear a smile to fool my dearest friends
I wonder if they know
It’s just a show

I’m on a stage
Day and night I go through my charades
But how can I disguise
What’s in my eyes

Oh, oh
Oh, oh, oh, oh

I’ve tried and tried
Blocking out the pain I feel inside
The pain of wanting you
Wanting you

Knife
Cuts like a knife
How will I ever heal
I’m so deeply wounded

You cut away the heart
Of my life

Monday, November 10, 2008

Meeting last Friday..

salam..

last Friday sempat nak hapdet citer pasal meeting ni..apa apapun,dah terlanjur edit pasal meeting tu,aku publish jek la..meeting tu mengenai tentang,'TRIM Data Mapping Briefing Session'..agak bercanggah jugaklah pendapat mereka yang hadir..mana taknya..masing masing nak idea mereka sendiri..aku hanya mendengar dan membuka mulut ketika perlu je..takde masa nak lawan dengan mereka yang lebih senior dari aku..haha..

Sepanjang meeting itu di jalankan..

gelap je dalam bilik meeting tu..rasa mengantuklah pulak..huhu

Apa apapun,selamat bekerja kepada semua..apa yang penting,jangan sesekali mengular masa kerja..chewah..tiba tiba je aku ni kan..hehe..

Wednesday, November 5, 2008

Hari ketiga bekerja..

Hari ketiga bekerja setelah lama bercuti agak merumitkan jugak sebab kebanyakkan sistem sudah pun bertukar..tapi ok jugak..dengan masalah yang aku alami sekarang dapat jugak di kurangkan dengan menfokuskan sistem baru yang perlu dipelajari agar setanding dengan pekerja pekerja yang lain..
oh ya,semalam aku dapat email dari orang atasan dan aku tersenarai untuk turut serta dalam 'Livelink Coordinator Workshop' pada 17 November 2008..alhamdulilah..

Monday, November 3, 2008

Hatyai..

Salam..agak bersawang blog aku nih..yelah,lama benar rasanya tak menghapdet..bz dengan benda benda yang remeh je sebenarnya..
anyway,aku baru jek balik dari bercuti..badan pun masih lagi sengal2 dan sebagainya..
Hatyai,sebuah bandar kecik yang agak menarik minat aku jugak sebenarnya kerana agak sunyi dari orang ramai dan ianya sememangnya tepat untuk mood percutian ku kali ini..ingin menenangkan otak ku yang agak berserabut...
Apa apapun,aku cuma akan sertakan beberapa gambar semasa aku di sana kerana aku macam malas nak bercerita panjang..


Pemandangan daripada bilik hotel..
Sekitar kawasan kereta api Hatyai..agak sedikit sesak..







Apa apapun,percutian aku kali ini memang menyeronokkan kerana percutian ku kali ini hanya menaiki sebuah kereta api sahaja..
Oh ya,sebelum aku terlupa,aku ingin menjelaskan bahawa percutian aku ke Hatyai bukanlah di taja oleh mana mana pihak..bagi sesapa yang bermulut jahat yang memburukkan aku itu dan ini,sila cerminkan diri tu dulu ok..sebelum aku mengamuk dengan mulut puaka aku ni,better ko jangan nak buruk burukkan aku kalau ko tak tau apa apa!!

Sunday, October 19, 2008

Selamat Tinggal Checkered Boxer

Akhirnya,aku mengucapkan selamat tinggal kepada Checkered Boxer dan selamat datang kepada 'Hitam putih kehidupan'..
Terlalu banyak kenangan aku bersama Checkered Boxer tetapi aku terpaksa melepaskan checkered boxer kerana aku sedaya upaya melupakan kenangan pahit dan memang banyak juga kenangan yang tersurat dan yang tersirat ketika aku menjadi checkered boxer..biarlah checkered boxer menjadi memori buat aku selamanya..

Dengan rasminya kali ini aku menukarkan checkered boxer kepada Hitam putih kehidupan kerana cerita aku pada entry yang seterusnya lebih kepada penghidupan aku yang penuh dengan warna hitam putih untuk dikongsikan bersama..akhir kata,salam sayang daripada saya,Zoulkieflie b. Brawi Lee.

Thursday, October 16, 2008

Ape aje lah..

Salam..
Hari ni,aku dok umah je..ngah siapkan assignment yang tergendala..nasib baik ada orang itu yang tolongin aku..kalau tak,terkapar-kapar la jawabnya..
Agak kemalasan jugak aku nak menghapdet sebenarnya tetapi sebelum ianya lebih bersawang,lebih baik aku update walaupun cuma crita kosong jek..atlease member yang dok cari cari aku yang tiba tiba senyap je kebelakangan ni tau jugak yang aku ni masih hidup..
Oh ya,sekarang ni,aku bertambah sehat..dari 72 kg telahpun menjadi 78kg..haha..oklah,aku blah dulu..nak makan lagi supaya berat aku genap ke 80kg..haha..nanti boleh la belajar gegarkan badan dengan cara yang betul dari tok bear..hehe..

mentang mentang lah aku ni perokok tegar..:P

*btw,thanks to Nan coz bagi t-shirt dari Singapore..love it..:)

Tuesday, October 7, 2008

Salam Ramadhan..

salam..
Arini,alhamdulilah,kekuatan yang aku kumpul selama beberapa hari telahpun memulihkan kekosongan jiwaku yang hilang entah kemana..kepada teman teman yang menghantar pesanan ringkas dan sebagainya,terima kasih diucapkan..

Oh ya,arini,kita masih lagi di bulan syawal dan tak salah kiranya kalau aku ingin menceritakan aktiviti aku sepanjang hari raya..
Raya tahun ni tanpa adik perempuan ku kerana adik perempuan aku tidak dapat beraya bersama kerana suaminya tidak dapat keluar daripada negara Brunei kerana terikat dengan kerjanya..
bagi aku,sambutan hari raya tahun ini adalah sambutan yang paling bermakna bagi aku..macam macam yang aku lalui sepanjang ramadhan ini..ada yang manis dan ada jugak yang pahit..tapi aku sebagai insan biasa hanya bisa redha dengan apa yang aku alami dan berserah kepadaNya..

Sempat bergambar dengan mak usu n kazen mazen..

Akhir sekali,aku ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali aku dan halalkan lah makan minum aku sepanjang perkenalan aku dengan siapa siapa saja.amin.

Friday, October 3, 2008

Salam Aidilfitri

Salam untuk semua..agak bersawang jugak la blog aku nih..apa apapun,aku nak mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin kepada ahli keluarga serta saudara mara aku,setiap ahli keluarga YKWYA dan rakan rakan yang mengenali diri aku..aku pohon seribu keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Akhir sekali,aku akan berhenti seketika daripada berblogging..aku akan berblogging semula sehingga hati aku terbuka lagi untuk berblogging..sekian terima kasih.

Wednesday, September 24, 2008

Jawapannya...

salam..kepada semua yang telah meneka gambar tersebut..terima kasih di ucapkan..ini jawapan yang sebenarnya..

so,kebanyakkan mereka meneka gambar aku semasa budak budak pada huruf c dan d..dan jawapannya sememangnya salah..terima kasih kerana mencuba..:)

Tuesday, September 23, 2008

sik tauk eh..

hi sume..lama rasanya aku sik hapdet cita dalam blog ku tok..entahlah,aku macam sekda topik jak nak cita..lagipun kebelakangan tok aku gago juak..pada sidak nok try nak beloya ngan aku kat dalam ym ya,sorilah kalau aku sik balas..jangan fikir yang bukan bukan ok..aku bz sikit bah..lagipun aku tok bok bait dari demam..jadi,paham paham lah..
oh ya,memandangkan aku sekda cita gilak,apa kata torang nangga gambar kat dibah ya,kak ya coba torang pilih aku yang nok ney satu..haha..tiba tiba jak aku tok nak..ok la..:)

Sapa nok dapat nekak ya kelak,mun datang raya umah ku kelak,kelak ku ngidang kek sarawak ngan torang..mun sudi la..

Thursday, September 18, 2008

Berbuka with my family..

Hari ni aku berbuka kat rumah je..lama rasanya tak berbuka dengan keluarga..walaupun pada ketika ini bapaku berada di Kuching kerana bekerja di sana,tapi berbuka dengan ibu,abg dan adik aku tetap layan..seronok jugak sekali sekala berbuka bersama..

Petang tadi,semasa berbuka,makanan seperti kuih muih dan sate sudah memadai..lama rasanya aku tidak memakan sate..arini,alhamdulilah,dapat jugak aku memakannya..

Selepas berbuka,aku membawa Danish,iaitu anak buah aku bermain bunga api..seronok melihat telatahnya pertama kali memegang dan bermain bunga api..




Wednesday, September 17, 2008

Semalam Berbuka..

Semalam,sebelum habis masa bekerja,abg tepak mengajak aku berbuka bersama..aku seperti biasa,ok je..lagipun masa tu aku takde apa² temujanji kan..so,apa lagi,layan je lah..
Pada petang itu,aku dengan abg tepak memilih 'Secret Recipe' sebagai tempat berbuka..apa apapun,aku sebenarnya,pagi ni kena migrain..malas la berceloteh panjang lebar..jom layan je la gambar yang ada..check it out!!

Muka abg Tepak kekenyangan..(abg tepak jumpa aku tadi n minta aku delete gambar dia coz dia cakap gambar tu nampak buruk..tapi aku malas nak delete n aku tampal je polar bear kat muka dia..next time sila pose cantik² ye abg!! :) )


*Apa apapun,thanks to Abg Tepak sebab sudi mengajak aku pergi berbuka dan thanks to Abg Sham and Emelda jugak sbb join kami pada petang tersebut untuk berbuka bersama²..


Kalau anda rasa anda seorang yang macho/jelita,sila klik bawah..