Sunday, August 31, 2008

Salam Ramadhan 2

ENTRY AKU KALI INI HANYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA YANG MENGENALI DIRI AKU TERUTAMANYA MY REAL FAMILY,MY SECOND FAMILY(YKWYA),DAN RAKAN RAKAN SEKALIAN..

HALALKAN MAKAN MINUM AKU SEPANJANG AKU MENGENALI SIAPA SIAPA JE YE KAT SINI..

AKHIR SEKALI,SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA YA..

Tuesday, August 26, 2008

Ada ada je kan..

Entry aku kali ini,aku just
nak tunjuk beberapa gambar
semasa banjir
di tempat aku bekerja
pada minggu lepas..
dasyat kalau hujan tak
berhenti..silap hari bulan,
tak perlu nak turun kerja..
but ok jugak
kan..haha..apa apapun,hujan
berhenti jugak akhirnya..
Sebahagian daripada tempat yang dipenuhi dengan air..hehe

NOW EVERYONE CAN FLY

Iklan yang hangat di perkatakan,adakah anda salah seorang yang yang menempahnya..?Jom,apalagi,mari kita menjelajah ke negara luar yang belum kita kunjungi..kalau anda rasa anda takut untuk pergi ke negara luar akibat takut akan penduduk tempatan akan jijik dengan kedatangan anda,sila abaikan..

Aku seperti kakak² dan abg² dalam keluarga YKWYA sudah pun memilih satu tempat yang bakal kami kunjungi..apa apapun,happy selalu..:)


Monday, August 25, 2008

Peter Andre - All Cried Out

You, said Ill give you so much loving at the stars
Now Im left wondering where they are
You said youd never be the one to give up on us
When you said you wouldnt be a part of me
Youre racing on our history
Oh now where is love
I never thought Id get over you
But Im stronger, now (yes I am)

Cant you see Im all cried out
Not a word left to say now
No turning back
Cant you see Im all cried out
I stand alone, no theres no doubt
Im all cried out

You, said your world would only be complete
By loving every part of me
So I wonder why
Watching a stranger unfold, somehow
And so all thats grown is left unknown
You know that I, I wanna know where, how and why
All the answers left unsaid
Guess its over now

Cant you see Im all cried out
Not a word left to say now No turning back
Cant you see Im all cried out
I stand alone, no theres no doubt
Im all cried out

Theres no looking back (no)
I cant go
Coz it always seems to come back to good-bye
If only you could let go, your love aroundId give it all, my baby, no Id never let you go

All cried out, all cried out, all cried out, all cried out

*Aku dah dapat balik cd Shayna Zaid aku..happy giler because cd tu memang susah nak cari kat kedai muzik..aku siap call lagi uncle yang jual cd tu..apa apapun,happy sangat..hehe

Sunday, August 24, 2008

Kelas lagi..

Hari ni,hari pertama aku masuk kelas untuk sem akhir..seronok jugak coz student pun bertambah ramai..dulu,masa first sem,student cuma 5 orang..dan dalam 5 pelajar,yang kekal cuma 4 pelajar sahaja..yang sorang lagi dah blah..now,kebanyakkannya muka baru..apa apapun redah je..

Cuba tgk timetable aku..sedih coz on 7th,aku ada kelas..:(

*apa apapun,redah je..

Tuesday, August 19, 2008

Agnes Monica - Dan tak mungkin..

Wajahmu, Hatimu, dan tentang dirimu
selalu kan berada di dalam hatiku

Sejak awal bertemu
aku tau rasa itu
namun tak mungkin aku
untuk memilihmu
Dan Tak mungkin untuk
kutuk menggapai cintamu
walau rasa di hati
ingin memiliki mu

cinta harus berkorban
walau harus menunggu selamanya
ku tau
kau bukan untukku

Tuk menggapai cintamu
walau rasa di hati
ingin memilikimu
cinta harus berkorban
walau harus menunggu selamanya
ku tau
kau bukan untukku

*Lagu ni di tujukan khas kepada seseorang yang pernah bertahta di hati..

Monday, August 18, 2008

Jom makan Maggi..

Hari Isnin,adalah hari yang membosankan bagi sesetengah orang..tapi bagi aku,hari isnin adalah hari yang paling di tunggu tunggu..bagi aku,hari isnin adalah hari penilaian untuk diri kita sebagai seorang pekerja yang berdedikasi ataupun tidak..
Hari ini aku,sememangnya aku terlalu sibuk dan banyak jugak kerja yang menunggu sehingga aku mengambil 'maggi cup' pada waktu makan tengahari..Apa apapun,selamat bekerja kepada semua..:)

Jom makan..

*Sesekali makan maggi,sedap jugk..slrpp....

Thursday, August 14, 2008

Arnett's Birthday..

Salam..aku baru saja balik dari Ridz Cafe demi menghadiri makan malam bersama arnett n the geng..actually,hari ini,14.08.08 adalah befday arnett dan our mama yang sekarang ni berada di Penang..:)..
So,malam ni arnett belanja kami makan..dan apa lagi,layan..


Agak happening..mane aku..abg tepak nampak manja ek dalam gambar..hehe??

Teman daripada Sabah,Arsli membawa Big Apple Donuts khas untuk kami..n Happy Birthday to Arnett n smoga panjang umur dan di murahkan rezeki..

Walaupun hanya di temani oleh beberapa orang teman,tapi memang happening..

*Apa apapun,thanks to Arnett coz belanja kami makan n Arsli jugak coz sanggup terbang dari Sabah untuk join kami..

Coretan Hati..

Dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran daripada-Nya,aku akur menerima semuanya..Walaupun adakalanya aku terpaksa melupakan impian aku,aku redha dengan ketentuan-Nya..

Wednesday, August 13, 2008

My Sister's Wedding In Miri..

Salam sume..entry aku kali ini adalah mengenai majlis persandingan adik aku yang telah dibuat kat Miri pada hari minggu yang lepas..kepada teman teman yang datang,terima kasih diucapkan dan kepada mereka yang sepatutnya datang tetapi aku terlupa untuk menjemput,aku mohon maaf banyak2 kerana kesibukan aku yang membuatkan aku berkemungkinan terlupa..apa apapun,aku akan menyediakan beberapa gambar untuk tatapan kita bersama..

Ni family aku..adik beradik aku,3 laki n sorang perempuan..:)

Salah satu baju yang dikenakan pada majlis persandingan tersebut..

Salah seorang teman yang datang,abg tepak..masa majlis tu,abg tepak ada membawa seseorang..rasanya teman wanita dia kot sebab nampak mesra..kalau betul,janganlah tunggu lama lama k..nanti kalau jadi,kami keluarga 'ykwya' akan konvoi pi ramai ramai..hehe..lagipun,semua orang cakap,sama cantik dan sama padan dan 'bagai pinang di belah dua'..hehe..apa lagi..hehe..

Friday, August 8, 2008

Tribute to Cik Inah..



Buat pertama kali nya aku mengenali insan yang bernama Razinah Syarif,aku dapat melihat keiklasannya menerima aku sebagai teman barunya..aku sangat menghargai detik detik tersebut kerana secara peribadinya,pada ketika itu,aku tidak pernah melihat keiklasan seorang wanita menerima diriku sebagai temannya..


Selepas itu,aku mula mengenali ziana dan pada ketika itu jugak,kali pertama aku menjumpai Lili Lulu secara 4 mata..

Actually,entry aku kali ini adalah tribute untuk Cik Razinah Syarif ataupun panggilan mesra yang aku panggil,Cik Inah..

Hanya beberapa hari lagi Cik Inah akan meninggalkan Malaysia untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi..sedih tu memang sedih kerana aku hanya berpeluang berjumpa dan lepak dengannya hanya beberapa kali sahaja walaupun kami telah mengenali diantara satu sama yang lain sejak beberapa bulan yang lalu..

Cik Inah,i gonna miss u..u baik sangat dengan i..rasa macam tak nak je lepaskan cik Inah pegi..:(

Cik Inah jangan lupakan Zoul k..Zoul sayang sangat kat cik inah..

Cik Inah,Zoul nak minta maaf kat Cik Inah sekiranya Zoul ada terkasar bahasa kat Cik Inah..

Cik Inah,ingat tak masa kat LCT,kita lepak kat Coffee Bean?Miss that moments..

Cik Inah,mesti zoul akan ingat adegan suap menyuap antara zoul dan cik Inah..:(

Cik Inah,nanti kalau cik Inah kat tempat orang,cik Inah jaga diri k..Zoul sentiasa doakan yang terbaik untuk Cik Inah..Cik Inah jangan sedih sedih k..sayang sangat kat cik Inah..

Akhir kata,semoga Cik Inah akan lebih tabah dan banyak-banyaklah bersabar di tempat orang ya..dan halalkan makan minum zoul dan maafkan zoul sekiranya zoul ada terkasar bahasa dan sebagainya..

Wednesday, August 6, 2008

Projek 'S' ..( 08.08.08 )

Salam,terlebih dahulu aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana memberikan aku peluang untuk bergembira serta berjumpa dengan teman teman ku yang tinggal di tempat yang berasingan..

Buat pertama kalinya aku rasa happy giler sebab dapat menghabiskan masa hujung minggu ku dengan menjalankan projek S seperti yang telah kami rancangkan sebelum ini..aku rasa,segelintir daripada teman ku sudah menghapdet blog mereka berkaitan dengan Projek S..Cuma aku ada kelambatan sedikit..hehe..
Pada petang hari Jumaat,aku sudah selamat mendarat di lapangan terbang senai..aku adalah peserta yang paling awal datang..(ziana,peserta ke?hehe)..Hari pertama aku di Jb,tidak banyak yang aku lakukan coz badan pun keletihan sebab pada sebelah paginya aku bekerja..

Pada hari kedua aku di Jb,memang banyak dugaan yang datang..dengan duit aku yang tercicir entah kemana dan van yang kami naiki mengalami masalah kerana minyak yang diisi adalah minyak Diesel bukannya petrol..alamatnya,van bermasalah dan kami terpaksa berhenti ke tepi simpang jalan..kesian Nikli..muka tension giler..hehe..

Actually,pada waktu itu,kami sepatutnya menjemput member yang menjayakan projek s ini kat airport..alamatnya,terpaksa lah mereka tunggu kami dalam beberapa jam sebelum semua selesai..sori ye..

Akhirnya,aku dengan nikli sampai jugak ke Airport walaupun sepatutnya aku dengan nikli menjemput dorang pada pukul 8 pagi..hehe..

Actually,lili n EA ada sekali tetapi memandangkan kelambatan dorang untuk sampai ke airport,akhirnya,pesawat mengucapkan selamat tinggal pada mereka berdua..then,dalam pada itu,kami try untuk menghubungi serta sms lili tetapi dia tidak menjawab dan membalas setiap sms yang kami kirimkan..macam macam speku yang keluar..hehe..sehingga kami ingin menukar segala rancangan yang telah kami aturkan..

Pada sebelah petangnya pulak,Nikli minta kebenaran untuk keluar kejap coz nak g jemput kawan dia dan sedikit pun kami tidak menyangka yang kawan dia adalah Lili dan EA..suprised giler..(Lili,mesti ada orang itu yang makan hati dengan projek kita yang penuh dengan kejutan kan..hehe)..apa apapun,thanks lili coz walaupun kena tinggal flight,tapi still make some effort dengan menaiki pesawat MAS yang memiliki 4 tayar..u know i know la ye..

Then,kami ramai ramai menaiki sebuah van yang dipandu oleh kapten Nurman dan kapten Nikli selaku Co-pilot..kami terus menuju ke Giant kerana ingin membeli barang2 utk bbq..(i miss that moment..:( )..

Pantai Lido adalah tempat yang kami pilih kerana kawasannya yang agak strategik dan berdekatan dengan hotel kami..pada malam itu,acara dimulakan dengan menghidupkan api..dan aku adalah salah seorang yang menghidupkan api tersebut..hehe..(saje promote diri sendiri..hehe..yang penting bukan wishlist,sudah..alamak,terlebih sudah..)..

Then ziana n nikli minta kebenaran sekali lagi untuk keluar kejap coz nak g ambik kak Zu..mati mati kami ingat kak Zu yang join but rupanya,azim (our papa) yang muncul..kejutan demi kejutan yang datang..(sebab tu lah kami labelkan projek ni sebagai projek 'S' kerana salah satunya adalah tak habis habis SUPRISED)..masa bbq tersebut,selepas segalanya hampir selesai,acara tepung tawar kepada befday girl pun dimulakan..(sori ye yang,once a while je kita buat..hehe)

Selepas projek BBQ,kami tidak terus pulang ke bilik kerana masing masing nak cuci mata dengan mengelilingi bandar Jb..layan..

Ketika sampai di bilik,masing masing sebenarnya kepenatan tetapi masing masing tak nak tunjuk sebab bagi kami,setiap saat begitu penting kerana peluang sebegini jarang diperolehi..

Selepas itu,acara memotong kek oleh befday girl,Lili dan Cik Inah yang mana akan meninggalkan Malaysia untuk jangka masa yang panjang ke Adelaide kerana ingin menyambung pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi lagi..

Setelah selesai acara memotong kek,kami terus menjalankan acara yang seterusnya dengan acara menukar hadiah..memang happening..

Dan acara yang terakhir sekali untuk hari pertama,kami akhiri dengan lepaking kat Singgah Selalu..walaupun pada ketika jam almost 4 am,but semua masih lagi maintain..(Lili sempat lagi makan Nasi Goreng..Mak Ai,aritu cakap nak diet..hehe..Sori,terlebih sudah..)

Untuk Hari kedua pulak..aku hanya akan menyediakan beberapa gambar sahaja untuk tatapan bersama..tak larat rasanya nak bercerita panjang..untuk hari kedua,lokasinya bertempat di Singapore..Check it out..

Semasa kat Singapore..

Antara souviner yang aku dapat sebelum aku balik ke Miri..Thanks Lili,Cik Inah n Ziana..appreciate sangat..hehe..

Dan thanks to kak Zu also coz bagi coklat..papa,kasi souviner dari Terengganu dan Aley,butang baju melayu dari Sabah..

Oh ya Nikli juga..:)..(u know i know la ye..)

Rasanya sampai disini aje la aku punya entry untuk projek S ye..Tak larat nak tulis panjang lebar..

Dan sebelum aku menutup cerita pasai projek S ini,aku terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat kerana mengajak aku untuk join sekali..sememangnya pengalaman aku kali ini tidak dapat dilupakan..sekiranya ada kelakuan mahupun terkasar bahasa kepada siapa siapa je,aku minta maaf kerana aku sedar,kita sebagai manusia biasa,tidak lari dari kesilapan dan apa yang penting,halalkan lah makan minum aku sepanjang projek S ini berlangsung....akhir sekali,terima kasih..
*Also Thanks To Lili Lulu(Adek) Sebab Membenarkan Adik Kecik Grabd A Few Pictures From Her Lovely Blog..