Wednesday, September 24, 2008

Jawapannya...

salam..kepada semua yang telah meneka gambar tersebut..terima kasih di ucapkan..ini jawapan yang sebenarnya..

so,kebanyakkan mereka meneka gambar aku semasa budak budak pada huruf c dan d..dan jawapannya sememangnya salah..terima kasih kerana mencuba..:)

Tuesday, September 23, 2008

sik tauk eh..

hi sume..lama rasanya aku sik hapdet cita dalam blog ku tok..entahlah,aku macam sekda topik jak nak cita..lagipun kebelakangan tok aku gago juak..pada sidak nok try nak beloya ngan aku kat dalam ym ya,sorilah kalau aku sik balas..jangan fikir yang bukan bukan ok..aku bz sikit bah..lagipun aku tok bok bait dari demam..jadi,paham paham lah..
oh ya,memandangkan aku sekda cita gilak,apa kata torang nangga gambar kat dibah ya,kak ya coba torang pilih aku yang nok ney satu..haha..tiba tiba jak aku tok nak..ok la..:)

Sapa nok dapat nekak ya kelak,mun datang raya umah ku kelak,kelak ku ngidang kek sarawak ngan torang..mun sudi la..

Thursday, September 18, 2008

Berbuka with my family..

Hari ni aku berbuka kat rumah je..lama rasanya tak berbuka dengan keluarga..walaupun pada ketika ini bapaku berada di Kuching kerana bekerja di sana,tapi berbuka dengan ibu,abg dan adik aku tetap layan..seronok jugak sekali sekala berbuka bersama..

Petang tadi,semasa berbuka,makanan seperti kuih muih dan sate sudah memadai..lama rasanya aku tidak memakan sate..arini,alhamdulilah,dapat jugak aku memakannya..

Selepas berbuka,aku membawa Danish,iaitu anak buah aku bermain bunga api..seronok melihat telatahnya pertama kali memegang dan bermain bunga api..




Wednesday, September 17, 2008

Semalam Berbuka..

Semalam,sebelum habis masa bekerja,abg tepak mengajak aku berbuka bersama..aku seperti biasa,ok je..lagipun masa tu aku takde apa² temujanji kan..so,apa lagi,layan je lah..
Pada petang itu,aku dengan abg tepak memilih 'Secret Recipe' sebagai tempat berbuka..apa apapun,aku sebenarnya,pagi ni kena migrain..malas la berceloteh panjang lebar..jom layan je la gambar yang ada..check it out!!

Muka abg Tepak kekenyangan..(abg tepak jumpa aku tadi n minta aku delete gambar dia coz dia cakap gambar tu nampak buruk..tapi aku malas nak delete n aku tampal je polar bear kat muka dia..next time sila pose cantik² ye abg!! :) )


*Apa apapun,thanks to Abg Tepak sebab sudi mengajak aku pergi berbuka dan thanks to Abg Sham and Emelda jugak sbb join kami pada petang tersebut untuk berbuka bersama²..


Kalau anda rasa anda seorang yang macho/jelita,sila klik bawah..


Tuesday, September 16, 2008

Cerita semalam...

Semalam,balik je daripada tempat keja aku terus ke bandar dengan di temani oleh saudara aku yang paling rapat dengan aku..actually,tujuan aku mengajaknya g bandar coz nak jumpa abg Haizul kat BSN sebab nak ambik barang yang tertinggal kat dalam keretanya..
Tempoh hari,aku menumpangnya ke rumah abg tepak sebab abg tepak mengajak kami ke rumahnya untuk berbuka bersama sama..
Dipendekkan cerita,semalam aku dengan saudara aku berbuka kat KFC..Agak menyedihkan kerana french fries nya agak kurang rangup sebab dalam keadaan berpuasa,kenalah beli awal..jadi bila dah berbuka,semua dah tak rangup..

dinner plate set..both of us makan benda yang sama..

French fries yang tidak rangup..:(

*Apa apapun,thanks to Faizal sebab temankan aku ke bandar sekalian berbuka bersama..appreciate it so much n gonna miss him sebab arini dia dah g offshore..:(

Anyone yang nak temankan aku berbuka arini?

Kalau nak tau ada apa kat dalam,sila touble click kat link yang ada kat bawah ni ya..

http://malaysiablog.gotop100.com/in.php?ref=139

Monday, September 15, 2008

Coretan di bulan Ramadhan..

salam..
Alhamdulilah,berkat kesabaran aku selama ini,akhirnya aku menemui kebahagian yang mana selama ini yang aku cari..mungkin sebelum ini aku sentiasa memandang ke belakang dan jarang untuk mengubah hidup aku sendiri..

Mungkin ada hikmah di sebalik bulan Ramadhan yang datang pada kali ini..entah mengapa kini aku lebih suka berfikiran terbuka dan membiarkan mereka yang tidak suka pada aku melakukan perkara yang menyakitkan hati..mungkin dulu aku kecik hati tapi kini,lantak lah korang..sebab aku dah try nak menjernihkan keadaan tapi ko buat aku ni macam tak wujud je..biarlah..daripada aku ni sakit kepala dan ditambah pulak aku ni selalu kena migrain,better aku buat bodoh jek..bagi aku,aku tak rugi apa apa..

Senyum plastik,senyum jugak kan..hehe..

Apa apapun,aku tetap nak minta maaf kat korang yang mana mana terasa dengan entry aku kali ini..sebab aku tau masing masing buat kesilapan..tapi aku malas nak buat macam dulu..(sedih bila kenang balik )kalau ko tegur aku,aku balas je dengan baik..tapi kalau ko tak nak tegur aku,aku slamber jek tapi aku tak macam dulu la yang mana akan senyap je..aku tetap akan happy kan diri aku..buat apa aku nak sedih sedih sebab ko kan..lantaklah la ko nak cakap aku ni mengada ngada ke,apa ke,biarlah..u have ur own life and same goes to me..macam macam benda dah aku buat,tapi ko still macam tu jugak..well,ko tak nak layan aku pun masih ada lagi yang nak layan aku..

Apa apapun,life must go on..past is past..yang penting,hidup kita mesti ada misi kan..i have my own mission..as long im happy with whatever that im doing now,dah kira ok la..daripada kita nak happy kan orang yang tak boleh happy dengan kita,for wat..

Tak guna lah kalau aku nak merayu or sedih sedih pasal ko sedang ko happy je buat aku macam ni kan..aku ada maruah la beb..kalau ko rasa aku persendakan maruah aku masa aku buat kesilapan dulu,lantaklah..

*Bukan nak simpati tetapi sekadar meluahkan kekesalan dihati..


Kalau anda rasa anda handsome atau cantik,sila click bawah


Friday, September 12, 2008

TAG lagi..

Perkara yang sentiasa bermain di kepala anda

1.Hari² aku berfikir bagaimana ingin memajukan diri agar dapat setanding dengan mereka yang berada di sekeliling aku..
Muhasabah diri setiap hari agar aku bisa melakukan yang terbaik serta membetulkan segala kesilapan yang aku lakukan.Aku percaya tiada manusia yang sempurna dalam kehidupan ini melainkan-Nya..

2.Aku nak belajar masak..haha..aku bangga dengan kaum adam yang boleh masak..sepanjang aku hidup,aku cuma penah masak maggi mee,telur mata dan spaggetti je..aku nak jadi macam abg tepak..dia memang handal dalam bab masak memasak ni..kasi je apa apa kat dia,memang menjadi..
Abg leh ajar zoul masak tak?

3.My love one..you know who you are rite..? :)

Rasanya,dalam 5,aku cuma kasi 3 je la..ketiga² yang kat atas memang selalu bermain di kepala hotak aku..

*Actually aku dapat TAG ni melalui email..sesapa rasanya nak buat,silakan..aku tak nak letak nama sapa sapa yang kena buat TAG ni cuma kalau rasa nak buat,just buat..:)

Monday, September 8, 2008

Aktiviti minggu lepas..

Salam..terlebih dahulu aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana masih memberikan aku peluang untuk terus hidup terus di muka bumi-Nya..Pada pagi tadi,adalah penerbangan aku dari Kuala Lumpur ke Miri..sememangnya penerbangan aku kali ini agak menakutkan kerana keadaan cuaca yang kurang mengizinkan..

'''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Oh ya,pada minggu lepas,sepanjang minggu aku dipenuhi dengan aktiviti berbuka puasa dengan ahli keluarga YKWYA..actually,majlis ini diadakan bersempena dengan hari jadi papa doc dan papa..ianya diadakan serentak bagi memudahkan kami untuk meraikan majlis tersebut bersama sama..dengan bertemakan warna merah,sememangnya menjadi keunikan bagi sesebuah majlis dengan menampakkan ton warna yang sama rata dan cantik bila diadaptasikan untuk sesebuah gambar..

This picture i grab from papa doc..

Pada hari sabtu,majlis berbuka puasa yang bertempat di Vista Amani Condo milik Tok Bear dan Papa Doc,satu demi satu muka ahli keluarga YKWYA,rakan-rakan serta jiran tetangga mula muncul ke majlis berbuka tersebut.
Sememangnya pelbagai juadah yang dihidangkan oleh tuan rumah seperti kuih muih,nasi lemak,kek lapis sarawak dan banyak lagi..memang meriah..

This wonderful picture i grab from nikli's blog without permission..tak marah kan along..:)

Sementara menunggu waktu berbuka,abg cik cuba untuk membuat video call dengan menghubungi alang dan pada ketika itu jugak,abg cik menyambungkan video call tersebut ke tv atas alasan kesemua ahli keluarga YKWYA dapat melihat alang dengan jelas diskrin besar..

Gelagat abg cik dan adeq ketika membuat video call dengan alang,..

Tidak lama selepas itu,azan berkumandang dan masing masing mencari sesuatu untuk berbuka..ada jugak yang berkongsi minuman kerana sudah tidak tahan setelah seharian berpuasa..

Masing masing tengah menikmati hidangan yang di sediakan..

Selepas itu,sesi memotong kek daripada papa dan papa dok pun dimulakan..memang meriah..

Keesokkan malamnya pulak aku,abg cik,adeq,kak ngah n menantu bersahur kat Pelita KLCC..tapi waktu tu cuma adeq dan menantu je yang makan..yang lain cuma minum sahaja dan aku terpaksa menahan perut sebab aku sudah pun berjanji dengan tok bear untuk sahur bersama lalu ke Airport sebab aku menaiki pesawat yang paling awal..

rindu la kat korang sume..:(

Sempat bergambar kenangan dengan Tok Bear yang comel dan Papa doc yang macho kat airport..perhatikan gambar tok bear..apa yang anda nampak..hehe..

Masa ni,aku dah kat dalam departure hall dan sekalian didalam flight..

Akhir sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Tok Bear dan Papa Doc kerana menjemput aku ke majlis harijadi dan berbuka puasa..dan menumpangkan aku kat condo mewah mereka selama beberapa hari dan proses penghantaran aku ke LCT..

Tok bear,ianya satu pakej yang menarik..condo mewah dan makan minum yang enak serta penghantaran ke airport..wah,tak sia sia grab pakej yang tok bear offer..hehe..

Dan kepada Papa Doc dan Papa,selamat hari jadi dan semoga dimurahkan rezeki..

Dan tidak lupa jugak kepada abg long,kak ngah,abg cik,adeq,menantu,abg tiri dan sepupu,adik amat menghargai setiap detik kita bersama..(sayangkan alang takde..kalau alang ada,lagi meriah sebab alang selalu manjakan adik..)

Sunday, September 7, 2008

Penghabisan untuk Dongengan di bulan ramadhan..

Adeq,dia atas aku selepas abg cik..adeq ni seorang yang comel n kelakar..kalau dengan dia,ada je benda yang dibuatnya membuatkan orang ketawa..
Oh ya,dalam ramai ramai adik beradik aku,cuma adeq je ada bf..dan bf dia kami panggil menantu..kenapa panggil menantu,adalah..ye tak adeq..
Dulu sebelum aku jumpa family aku nih,tok wan selalu citer pasal adeq sebab antara ramai ramai,adeq adalah yang paling kecik..tok wan cakap adik ni manja dengan tok wan masa tok wan datang kat rumah papa..ye ke adeq..tapi sekarang ni,adik kecik yang paling kecik kan adeq..adeq tak marahkan..hehe..
Aku happylah masa aku kenal dengan family aku ni..aku rasa kekosongan aku sebelum ni dah dipenuhi dengan sesuatu yang amat bermakna dan berharga..

*baru je nak merasa kebahagian yang belum pernah di rasai,tetapi ajal telah menimpa diri adik kecik dan akhirnya,adik kecik telah meninggalkan kesemua ahli keluarganya kerana pesawat yang di naikinya terhempas semasa penerbangan dari kuala lumpur ke miri..

Adik kecik seolah olah tau yang dia akan pergi untuk selamanya dan dia membenarkan dirinya untuk membuat satu email dan menghantar emailnya kepada tok wan dan kandungan email tersebut berbunyi begini...

"Kehadapan kesemua ahli keluarga yang dikasihi..

Waktu ini,entah mengapa perasaan adik resah dan gelisah..adik merasakan ada sesuatu yang akan berlaku pada diri adik..adik takut tapi adik tidak mempunyai sebarang kekuatan untuk menceritakan hal ini kepada sapa sapa dan adik rasa,adik akan pergi buat selamanya..

Tok wan,adik tau tok wan sayang sangat kat adik tapi kalau adik ditakdirkan pergi untuk selamanya,adik redha tok wan..adik redha..adik nak minta maaf sangat kat tok wan kalau selama tok wan menjaga adik,adik ada melukakan hati tok wan,adik minta maaf dan adik minta tok wan halalkan makan minum adik selama tok wan menjaga adik..

Papa dan mama,papa doc dan tok bear,sama juga..adik minta maaf diatas segalanya..dan kepada adik beradik semua,abg long,kak ngah,kak lang,abg cik,adeq & menantu dan abg tiri,adik pun nak minta maaf jugak..walaupun masa untuk kita bersama agak singkat,tapi adik tau yang kesemua korang sayang kat adik kecik kan..adik pun sayang kat sume korang..korang semua adalah yang terbaik buat adik..kalau ada sedikit sebanyak benda yang kita tak puas hati,itu adalah normal..percayalah,tiada yang sempurna melainkanNya..

Adik jugak nak minta korang semua halalkan kesemua yang di takburkan kepada adik baik dari segi makan minum mahupun harta benda..
Akhir sekali,relakan pemergian adik ye sume.."

SALAM SAYANG,
ADIK KECIK
Maka,berakhirlah 'dongengan di bulan ramadhan' dan cerita ini adalah rekaan semata mata dan sama sekali tiada kaitannya dengan yang hidup mahupun yang mati..

Friday, September 5, 2008

Dongeng di bulan ramadhan 3

Macam mana abg cik boleh wujud..?Actually dulu,masa aku balik dari bercuti dengan papa,along,angah,adeq,menantu dan abg tiri,tiba tiba aku di kejutkan dengan berita gembira yang mana aku bukannya mempunyai seorang abg je,tapi dua..dan dia adalah orang yang kami panggil abg cik..
Sememangnya aku sama sekali tidak pernah berjumpa dengan abg cik tetapi aku dapat membayangkan yang abg cik seorang yang baik dan bertanggungjawab..Sebenarnya,abg cik seperti aku jugak..terpisah daripada keluarga kandung kerana masalah ekonomi yang memaksa papa menyerahkan abg cik kepada sepupunya yang mana menetap di luar negara..walaupun papa dan mama agak keberatan pada ketika itu,tapi aku tau,jauh di sudut hati papa dan mama membuang abg cik daripada keluarganya..
Apa apapun,sekarang ni abg cik dah kembali ke Malaysia dan berkumpul semula dengan keluarga kandungnya..menurut kak ngah,abg cik sangat gembira bila dapat bertemu semula dengan keluarganya..
Bila la aku boleh berjumpa dengan abg cik ek..oh ya,antara ramai² adik beradik,abg cik paling rapat dengan kak ngah..boleh pulak kak ngah aku ni masuk dengan abg cik sedangkan dengan abg tiri,macam ape je..(macam anjing dengan kucing..hehe..)
To be continue..

Thursday, September 4, 2008

Dongeng di bulan ramadhan 2

Selepas sesi suai kenal dengan ahli keluarga,aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada mereka kerana aku terpaksa berpisah dan pulang ke tempat aku membesar..memang sedih bila terpaksa berpisah dengan ahli keluarga yang lain tetapi apakan daya,aku terpaksa..

oh ya,mesti korang hairan kan mengapa aku ada abg tiri ?
kisah nya begini,semasa mama ku tengah pregnant anak yang ke-2,iaitu angah,papa ku telah bernikah lagi dengan seorang wanita bandar dan hubungan antara papa dan isteri barunya di kurniakan seorang cahaya mata lelaki tetapi malangnya,selepas kelahiran bayi tersebut,hubungan diantara papa dan ibu tiri ku tidak sebahgia dulu sehinggakan masjid yang mereka bina selama 2 tahun tidak dapat di selamatkan..dan akhirnya mereka pun bercerai dan papa mendapat hak penjagaan bayi tersebut..sememangnya mama ku seorang wanita yang penyayang dan tidak pernah mengungkit walaupun dia terpaksa menganggap serta menjaga abg tiri ku seperti anak anaknya yang lain..memandangkan abg tiri ku dan kak ngah ku sebaya,mereka memang tidak sebulu dan ada je benda yang tak kena..tapi aku percaya,walaupun mereka tidak sebulu,tapi mereka saling sayang menyayangi..biasalah kan,adik beradik walaupun mereka hanya adik beradik tiri..

Selepas kak ngah,aku ada jugak kakak yang aku panggil kak lang..kak lang seorang yang lemah lembut..antara ramai ramai kakak aku,cuma alang je yang guna tudung..kak lang memang comel..masa pertama kali aku jumpa kak lang aku ni,takut jugak..muka dia agak garang dan kebetulan pulak pada ketika itu,aku duduk kat sebelah nya..aku gigil jugak sebenarnya tapi aku memberanikan diri untuk bercakap dengannya dan bila kami mula berborak,gigil aku lesap macam tu je..rupanya kak lang aku ni muka je garang tapi bila dah bercakap,mak ai,manja giler..dan pada ketika itu jugalah adegan suap menyuap diantara adik dan kakak bermula..yelah,saje nak manjakan kak lang kan..lagipun,kak lang aku sporting..so,takde masalah la..
oh ya,sekarang ni kak lang aku ni berada kat Adelaide..dia g sambung blaja ambik PHD..sedih tu memang la sedih tapi aku tetap berbangga kerana antara ramai ramai adik beradik,kak lang adalah seorang kakak yang agak cemerlang dari segi akademik..cayalah sama kak lang..
To be continue

Dongeng di bulan ramadhan 1

Pada tahun 1987,aku telah dilahirkan didalam sebuah keluarga yang agak sederhana..dari kecik lagi,aku dijaga oleh tok wan..dan aku tidak pernah tau akan kewujudan papa,mama, dan adik beradik yang lain sehinggakan pada suatu hari,aku telah diceritakan oleh tok wan mengenai mereka semua..sememangnya aku terkejut giler bila mengetahui benda tersebut dan aku sememangnya tidak pernah menyangka bahawa aku sebenarnya memiliki papa,mama dan adik beradik yang lain..
Antara ramai ramai adik beradik,abg long adalah orang yang pertama yang aku jumpa..mula² tu rasa segan la jugak tapi abg long memang baik..pada masa tu,aku berjumpa abg long ketika aku berada di airport Senai..waktu tu,aku tengah q-up nak check in dengan tok wan..tok wan ajak aku g bercuti ke Jakarta waktu tu..
Dipendekkan crita,bila aku sudah mengenali abg long,dialah orang yang telah memperkenalkan aku dengan kesemua ahli keluarga iaitu papa,alang,kak ngah,adeq,menantu dan abg tiri..
Alhamdulilah,kesemua ahli keluarga ku yang baru aku jumpai menerima ku dengan hati yang terbuka..mereka memang happening..
To be continue..

Monday, September 1, 2008

Selamat berbuka..

Salam sume..aku baru je balik daripada Bazaar Ramadhan..Memang sesak giler..tapi aku percaya,bazaar ni dalam seminggu je akan sesak..then lepas tu,akan kurang dan seminggu lagi nak raya,bazaar ini kembali sesak..


Betapa sesaknya tadi..aku hanya dapat mengambil gambar dari sudut yang sama je..

Ayam?2 2 ayam..macam mana tu..aku pun pelik mak aku ni..2 2 ayam tapi masakan yang berlainan..rupanya,ayam yang ada pada gambar pertama adalah masakan abg aku..sedap tak sedap,kejap lagi aku rasa coz kat zon sarawak,kami berbuka pada pukul 6.25 petang..apa apapun,selamat berbuka..