Sunday, October 19, 2008

Selamat Tinggal Checkered Boxer

Akhirnya,aku mengucapkan selamat tinggal kepada Checkered Boxer dan selamat datang kepada 'Hitam putih kehidupan'..
Terlalu banyak kenangan aku bersama Checkered Boxer tetapi aku terpaksa melepaskan checkered boxer kerana aku sedaya upaya melupakan kenangan pahit dan memang banyak juga kenangan yang tersurat dan yang tersirat ketika aku menjadi checkered boxer..biarlah checkered boxer menjadi memori buat aku selamanya..

Dengan rasminya kali ini aku menukarkan checkered boxer kepada Hitam putih kehidupan kerana cerita aku pada entry yang seterusnya lebih kepada penghidupan aku yang penuh dengan warna hitam putih untuk dikongsikan bersama..akhir kata,salam sayang daripada saya,Zoulkieflie b. Brawi Lee.

Thursday, October 16, 2008

Ape aje lah..

Salam..
Hari ni,aku dok umah je..ngah siapkan assignment yang tergendala..nasib baik ada orang itu yang tolongin aku..kalau tak,terkapar-kapar la jawabnya..
Agak kemalasan jugak aku nak menghapdet sebenarnya tetapi sebelum ianya lebih bersawang,lebih baik aku update walaupun cuma crita kosong jek..atlease member yang dok cari cari aku yang tiba tiba senyap je kebelakangan ni tau jugak yang aku ni masih hidup..
Oh ya,sekarang ni,aku bertambah sehat..dari 72 kg telahpun menjadi 78kg..haha..oklah,aku blah dulu..nak makan lagi supaya berat aku genap ke 80kg..haha..nanti boleh la belajar gegarkan badan dengan cara yang betul dari tok bear..hehe..

mentang mentang lah aku ni perokok tegar..:P

*btw,thanks to Nan coz bagi t-shirt dari Singapore..love it..:)

Tuesday, October 7, 2008

Salam Ramadhan..

salam..
Arini,alhamdulilah,kekuatan yang aku kumpul selama beberapa hari telahpun memulihkan kekosongan jiwaku yang hilang entah kemana..kepada teman teman yang menghantar pesanan ringkas dan sebagainya,terima kasih diucapkan..

Oh ya,arini,kita masih lagi di bulan syawal dan tak salah kiranya kalau aku ingin menceritakan aktiviti aku sepanjang hari raya..
Raya tahun ni tanpa adik perempuan ku kerana adik perempuan aku tidak dapat beraya bersama kerana suaminya tidak dapat keluar daripada negara Brunei kerana terikat dengan kerjanya..
bagi aku,sambutan hari raya tahun ini adalah sambutan yang paling bermakna bagi aku..macam macam yang aku lalui sepanjang ramadhan ini..ada yang manis dan ada jugak yang pahit..tapi aku sebagai insan biasa hanya bisa redha dengan apa yang aku alami dan berserah kepadaNya..

Sempat bergambar dengan mak usu n kazen mazen..

Akhir sekali,aku ingin mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali aku dan halalkan lah makan minum aku sepanjang perkenalan aku dengan siapa siapa saja.amin.

Friday, October 3, 2008

Salam Aidilfitri

Salam untuk semua..agak bersawang jugak la blog aku nih..apa apapun,aku nak mengucapkan selamat hari raya,maaf zahir batin kepada ahli keluarga serta saudara mara aku,setiap ahli keluarga YKWYA dan rakan rakan yang mengenali diri aku..aku pohon seribu keampunan dari hujung rambut hingga hujung kaki..

Akhir sekali,aku akan berhenti seketika daripada berblogging..aku akan berblogging semula sehingga hati aku terbuka lagi untuk berblogging..sekian terima kasih.