Sunday, January 20, 2008

percutian ke Kuala Lumpur

Hari Pertama

Hari ini,tepat pukul 6 petang,aku telah pun sampai ke miri airport..abg tepak yang hantar aku..kebetulan pada masa itu,seorang rakan drpd KL yang baru aku kenali,Fiza telah pun di hantar ke shell untuk satu hari atas urusan kerja..setelah satu hari menguruskan kerja yang perlu di selesaikan,dia pun pulang semula ke kl dan kebetulan pulak pada ketika itu,flight aku sama dengan dia..
Ketika di dalam flight,sememangnya bosan giler..aku tak ada member untuk di ajak berborak..akhirnya selepas aku makan nasi lemak yang dibeli ketika didalam penerbangan,aku memberanikan diri untuk ke belakang untuk berkenalan dengan krew krew yang bertugas..

Fulamak,mereka memang sporting giler..tak sangka pulak boleh borak dengan mereka..ingatkan mereka ni sombong..rupanya tak..mereka ni memang happening giler..sepanjang penerbangan aku kali ini,memang aku melepak kat belakang je..dah lah mereka ni cantik cantik..hehe

Dalam kesibukan mereka ni,ada seorang krew cina yang memang bertugas kat belakang..kami berdua memang berborak sakan..macam macam cerita di kongsikan bersama..sayangnya,masa tak lama..jadi aku tak leh nak melepak lama lama dengan mereka..apa apapun,thanks ya..

Hari kedua

Seawal 7 pagi,aku dah bangun..aku terus sarapan dan aku makan jelah apa yang telah tersedia di meja makan..sambil borak borak dengan aunty aku..jam menunjukkan 10 pagi..aku bersiap sedia untuk keluar..aku ditemani aunty aku ke giant yang berhampiran..sedar tak sedar,jam menunjukkan pukul 5 petang..perut pun mula bekeroncong dan kami terus singgah sebentar di sebuah restaurant dan aku cuma makan nasi ayam stim..fulamak,nasi ayam restaurant tersebut memang sedap giler..


Selepas itu kami pun balik kerumah dan selepas itu,kami pun keluar semula ke Bandar dan singgah sebentar ke pusat membeli belah,sogo..di sogo,aku membeli beg sandang renoma dan beg tangan ‘revival’..beg sandang renoma adalah untuk aku dan beg tangan ‘revival’ adalah pembelian aku kepada ibu ku dan aku harap dia sukakannya…

Selepas kami keluar je drpd pasaraya tersebut,kami singgah sebentar ke kampong baru untuk menjamu selera..

Hari ketiga

Pada hari ketiga,aku tidak kemana mana nak aku hanya berkaraoke kat rumah aunty ku je..a whole day aku menyanyi tanpa gangguan sesiapa..memang hilang segala kebosanan..apa yang penting,aku memang happy giler..hehe..

Hari keempat

Pada hari keempat,awal pagi lagi aku dah bersiap untuk memulakan perjalanan aku ke Bandar..aku tiba di Bandar pada pukul 10.30 pagi..keadaan pada ketika itu agak sesak jugak..tension!!destinasi pertama yang kami pergi adalah sogo..kenapa mesti sogo?sebenarnya,pada hari keempat,aku hanya menemani pak cik aku yang datang daripada miri,Sarawak..pada hari sebelumnya,aku menceritakan kepada pak cik aku tentang cheap sale sempena tahun baru cina yang agak mendadak..so,apalagi,dia pun ajaklah aku pegi dan dia membeli beberapa barang yang dia inginkan..
Pada sebelah petangnya,kami singgah sebentar ke jalan masjid India untuk membeli barangan seperti kain kain dan sebagainya..jalan ketika itu agak sesak kerana kaum kelling tengah menjalankan upacara ‘Pongal’..memang ianya satu pengalaman baru yang aku perolehi..sayang aku tidak sempat menangkap gambar untuk upacara tersebut..
Dan pada malamnya pulak,tepat pukul 10 malam,aku keluar minum dengan abg Winta yang mana rakan kepada abg Tepak Sireh..kami memilih kawasan Bangsar sebagai destinasi untuk lepak..


Hari kelima dan yang terakhir

Tepat jam 5 pagi,kami bertolak terus ke airport kerana aku menaiki pesawat yang pertama..so,nak tak nak,kena jugak pegi..ngantok jangan cakaplah..so,rasanya takde benda yang aku nak ceritakan…apa yang penting,aku akan merindui setiap detik dan saat aku ketika berada di kuala Lumpur..

Thursday, January 3, 2008

Percutian ke Johor Bahru dan Singapore..

Setelah beberapa hari kita meninggalkan tahun 2007,aku dapat rasakan bahawa perjalanan kita masih terlalu jauh untuk di lalui..

Apa yang penting,segala kekurangan haruslah di tingkatkan agar kita tidak lagi mengulanginya..

Oh ya,pada minggu lepas,tanggal 29 hb Disember 2007 hingga 1hb Januari,aku telah pergi ke Kulai,Johor Bahru dimana tempat kelahiran Abg Tepak kita..selama 4 hari,sememangnya tidak puas dan cukup untuk aku menjelajah kesemua tempat yang ada di sana..



Pada hari pertama,kami sampai ke lapangan terbang Senai pada pukul 11.15 malam..selepas beberapa minit menunggu adik abg tepak,akhirnya dia pun sampai..kami terus meluru laju ke Danga bay untuk makan tengah malam..pada ketika itu jugak,kami mengajak beberapa teman abg tepak untuk join sekali..biasalah,kampung halaman dia kan,mesti banyak member..
Pada hari pertama,lepas makan,kami pun terus balik kerumah abg tepak kerana pada keesokkan harinya,banyak lagi aktiviti yang nak di lakukan oleh aku dan abg tepak..

Pada hari kedua,selepas sarapan di rumah abg tepak,kami dengan segera bersiap untuk meneruskan perjalanan kami..tepat ke destinasi yang seterusnya..pukul 10 pagi,kami telah pun sampai ke sempadan Singapore..dengan diiringi oleh beberapa teman,kami terus meluru ke satu tempat di mana kemudahan seperti teksi disediakan..tanpa berlengah lagi,kmk terus menaiki teksi tersebut lantas meluru laju ke Singapore..
Ketika tiba di Singapore,aku dapat rasakan bahawa negara itu mementingkan kebersihan..kalau nak merokok pun kena merokok di tempat yang tertentu sahaja..tak macam kat malaysia,kat mana mana pun boleh merokok..
Pada waktu itu,kebetulan Singapore tengah buat sale sempena Chrismas Eve..apa lagi,shopping lah jawapannya..memang happening gila shopping kat singapore..walaupun mata wang dolar,tapi masih murah..setelah penat,kami berehat seketika untuk makan di Burger King yang ada kat sana..selepas beberapa minit,kami teruskan perjalanan ke beberapa buah shopping mall yang ada kat situ..memang seronok bila berada di Singapore..next time,aku mesti pergi lagi..
Akhirnya,tepat pukul 10 malam,kami pun pulang semula ke Johor bahru..setelah tiba di Johor Bahru,sebelum balik rumah,kami singgah sebentar di warong yang berhampiran untuk makan..selepas itu,selepas penat berjalan sepanjang hari,kami pun pulang..

Pada hari ketiga,tepat 10.30 pagi,kami pergi ke Pasaraya Giant yang berhampiran kerana ibu kepada abg Tepak hendak membeli barang barang dapur..dengan di temani adik abg Tepak,kami membeli apa apa yang patut di masak untuk santapan tengahari..
Pada pukul 11.55,makanan telah pun siap dimasak..apa lagi,jom kita makan..kesemua makanan memang menepati citarasa aku..tak penah aku rasa hidangan yang selazat itu..
Selepas itu,kami berehat seketika lalu tertido..bila terjaga,jam telahpun menunjukkan pukul 6 petang..sebenarnya,pada pukul 8 malam,kami ada temu janji dengan Tunku untuk makan malam..
Setibanya kami di rumah Tunku,aku dapat saksikan beberapa kelibat di sana..kami di arahkan untuk duduk dan aku sempat berborak dengan beberapa orang disana..abg Tepak tengah sibuk melayan Tunku..yelah,lama tak jumpa kan..oh ya,sebenarnya pada malam itu adalah malam tukar tahun yang mana kita akan meninggalkan tahun 2007..
Selepas makan malam di rumah Tunku,kami bergegas menuju ke Mutiara Hotel untuk menyambut tahun baru bersama Tunku dan yang lain lain..

Memang meriah sambutan yang ada kat hotel tersebut..memang sukar untuk aku lupakan kerana bukan senang untuk menyambut perayaan sempena tukar tahun dan berhibur bersama Tunku..ianya pasti pengalaman yang tidak bisa aku lupakan..

Dan hari keempat,adalah hari yang terakhir aku di Johor..perasaan sedih memang ada dan perasaan tak sabar nak balik semula ke kampung halaman pun ada..apa apapun,pada hari terakhir aku di johor adalah hari yang amat memenatkan..selepas sarapan di rumah abg Tepak,kami tanpa membuang masa terus pergi ke bandar untuk shopping untuk kali yang terakhir..pada waktu,aku sempatlah membeli beberapa barang keperluan..selepas itu,kami singgah sebentar di Secret Recipe untuk makan tengahari..


Pada petang itu,aku akan meninggal abg Tepak untuk beberapa hari kerana abg Tepak akan pulang ke Penang dan aku terus ke Miri..Pelbagai pengalaman yang aku timba semasa percutian ku kali ini..Jam menunjukkan tepat pukul 6.30 petang..aku telah tiba di lapangan terbang Senai..aku terus check-in dan tidak lama selepas itu,aku pun terus berbaris untuk masuk kedalam boarder yang di sediakan..
Ketika di dalam pesawat,ada satu pergaduhan telah berlaku diantara penumpang dan pramugari..memang kelakar dan aku tabik spring kat pramugari tu sebab cara dia menyelesaikan masalah tersebut dengan bersahaja..memang ini kali pertama aku melihat pergaduhan sebegitu..
Tepat pukul 9.45malam,penerbangan daripada Johor Bahru ke Miri pun selamat mendarat..

Apa apapun,aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada abg Tepak serta keluarga yang menjaga aku dan melayan aku dengan baik..tak sabar rasanya nak tunggu bulan 4 sebab pada bulan tersebut,aku akan bercuti semula ke kampung halaman abg Tepak..heehee..