Wednesday, May 28, 2008

Perancangan sebelum penerbangan ke 3 buah tempat..

Hari ni,Ofis aku agak lengang..mana taknya,ramai yang dah balik kampung sebab nak buat persediaan perayaan Gawai..selain itu,ada jugak staf yang mengambil peluang cuti sempena gawai ni untuk keluar daripada Miri..Dan aku tidak terkecuali..

Pada malam ni,aku akan berangkat ke Kuala Lumpur..dalam 11.45 malam,mengikut jadual penerbangan,flight yang aku naiki akan mendarat..setelah aku tiba disana,aku tidak terus ke bandar KL kerana aku terpaksa bermalam di LCT..bukan apa,pada keesokkannya,seawal 6 pagi, aku akan terbang ke Penang..seorang teman akan menunggu aku disana dan mengikut perancangan,aku cuma berada di Penang cuma satu hari..dari Penang,aku dengan seorang teman akan menaiki sebuah kereta untuk terus ke KL..

Ketika di KL,tiada perancangan yang aku aturkan kerana di KL nanti,ibu saudara aku telah pun mengatur segala program yang akan kami lakukan disana..

Selepas 3 hari di kl,aku terbang pula ke Johor Bahru..Sebenarnya,tujuan aku di JB adalah untuk menyambut abg Tepak yang baru pulang dari mengerjakan Umrah sekaligus membantu keluarga Abg Tepak menyediakan kenduri yang bakal diadakan..nak juga rasa kenduri di tempat orang..

Akhir sekali,aku harap,percutian aku kali ini akan berjalan dengan lancar seperti mana yang aku rancangkan..

Monday, May 26, 2008

Sony Cyber-Shot s750

Esok malam aku dah fly ke Kuala Lumpur..Tak syok lah kalau tak bawa camera kan..memandangkan camera aku ada problem dengan LCD nya,so aku menghantarnya kat kedai tempat aku membelinya 2 tahun yang lepas..tauke tu cakap camera ni kalau nak baiki,kena tunggu 2 minggu..alamak..banggang aku..bukan apa,dalam masa 2 minggu tu entah entah aku dah balik semula kat miri..
Nak pinjam kat member,masing2 nak guna..yelah,kan nak cuti gawai dahkan..so masing2 tak leh kasi pinjam coz sume nak pi holiday..

Actually,beberapa bulan lepas,aku ada gak terfikir nak beli camera baru..bukan apa,camera lama aku tu ada leceh sikit..mana taknya..dahlah besar kedabak,berat pulak tu..dan yang paling aku bosan,bab bateri ni..habis je bateri,kena tukar..mana tak hangin aku kalau tengah genting nak bergambo,tiba tiba bateri nak kena tukar yang baru..apatah lagi kalau takde kedai yang menjual bateri kat kawasan tu..so,mood tengah happy pun boleh jadi moody..

So,nak tak nak,aku kena jugak beli yang baru.untuk keselesaan la katakan..

Tadi,masa aku kat Town,aku singgah kejap kat kedai Sony..ingat nak tengok tengok dulu tapi bila nampak satu camera yang agak kecik,aku tanya kat amoi tu..saje nak tgk dengan lebih dekat..bila aku try bukak n tengok satu satu butangnya,aku dah mula berkenan..apalagi,aku tanya lah harganya..so,dengan harga Rm 699.90,aku ambik je..terdetik juga kat hati aku "mahal jugak benda ni.."nasib baik aku ada simpanan..kalau tak,next time aje la aku ambik..

Akhirnya,aku telah pun memiliki sebuah camera baru "Sony Cyber-shot s750"..


Sunday, May 25, 2008

Happy Birthday To Abg Tepak..

Aku baru je sampai kat umah selepas dapat undangan daripada Abg Tepak yang tersayang untuk join dia nye birthday dinner..Happenning..walaupun hanya beberapa teman rapat yang ada,tetapi kemeriahannya dapat dirasai..bertempat di Frantini's,memang kena..

Apa apapun,kepada Abg Tepak yang tersayang,zoul mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke??..Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

Tuesday, May 20, 2008

Tak habis habis..

argh!!!!tension aku dibuatnya..tak habis habis orang dok mengata hal aku kat orang tu..yang orang tu tak habis2 nak cakap benda benda yang menyakitkan hati kat aku..ape,ingat aku ni jahat sangat ke sampai nak buat semua benda tu!
Aku ada maruahlah kalau ko nak kutuk aku macam tu..kalau ko taknak kat aku lagik,tak payah nak sakitkan hati aku..cakap je terus terang,,ni tak,macam nak sakitkan aku perlahan lahan je..ntahlah,kalau macam ni,better tak je couple dengan aku..nak kata aku sakit,memanglah sakit kalau dah takde lagi semua ni tapi nak buat macam mana?hari hari benda yang sama je..naik fed-up jugak aku..
tadi,aku matikan handphone pun nak jadi isu..apa ni..sah sah dia tau aku kena duduk exam malam ni..takkan nak bukak je handphone sampai orang yang duduk exam tu terganggu..apa ni!!takkan benda macam ni pun nak marah..
Then,bila dapat borak,cakap dengan aku benda benda yang bukan bukan..apa ni..kalau macam tu,baik tak payah call..buat sakit hati je..
Nanti bila aku dah tak nak,tuduh pulak aku ni ada orang lain..makin lah aku bangang..balik balik,macam tu je..
Lantaklah,lepas ni,ko nak cakap aku ni curang ke,ape ke,biarlah..tapi,yang penting aku tau sejauh mana pergaulan aku..ko tak payah lah nak cakap,kalau aku nak buat,aku tetap akan buat..tapi masalahnya,aku belum sampai ke tahap nak buat..kalau aku nak buat,dah lama aku buat..
Dan satu yang aku nak ingatkan,
Yang baik,tak semestinya baik dan yang jahat,tak semestinya jahat..satu hari nanti,ko akan tau jugak siapa yang baik dan siapa yang jahat..

Saturday, May 3, 2008

Afgan,new singer from Indonesia..


argh,jap lagi aku nak pi kelas..tapi sebelum tu,aku nak promote artis baru ni yang mana aku tahu kemunculannya semasa kunjungan aku ke Indonesia tempoh hari..lagu lagu dia memang best..
apa apapun,aku sertakan sebuah lagu daripada mamat tu kat sini..

Afgan - Entah

kutahu kau selingkuh
kau duakan cintaku yang tulus
kau tau diriku
tak pernah berpaling dari dirimu

teganya kau dustai semua
janji kita berdua

entah..masihkah ada cinta di hatiku untukmu
entah..kapankah kudapat membuka hati untukmu

tak pernah kubayangkan
cerita kita berakhir begini

teganya kau dustai semua
janji kita berdua

entah..masihkah ada cinta di hatiku untukmu
entah..kapankah kudapat membuka hati untukmu

masihkah ada...
cinta di hatiku...
di hati kecilku berharap kau
masih bagian dari hidupku...