Monday, August 27, 2007

Epilog Cinta...

Kau tersenyum manja..
Menyatakan hasrat...
Di hatimu..
Kau kata kau cinta ..
Cinta pertama..
Kepadaku..
Ku hampir tergoda..
Bergelora..
Dalam kalbu..
Kau bukan untuk ku..
Kau dan aku..
Tak mungkin berpadu..

Nun di sana..
Beribu batu..
Kau kutinggalkan..
Bersama hatiku..
Nun di sana..
Kau meratap pilu..
Satu masa nanti..
Kau akan mengerti..
Apa maksud ku..

Kini kau menanti..
Harapanmu abadi..
Terhadapku..
Kau coretkan lagi..
Rahsia hatimu..
Kepada ku..
Ku doakan dikau..
Bertemu seorang..
Teman sejati..
Yang satu aliran..
Satu kepercayaan..
Aduhai sayang…

Artis ~ Suhaimi Mior Hassan
Lagu ~ Epilog cinta dari Bromley

Saturday, August 25, 2007

Lunch...

Salam...

Setelah sekian lama aku tidak makan masakan ibu,hari ini aku berpeluang..ibu telah menghidangkan kami pelbagai masakan seperti ayam goreng,hati masa kicap,sayur midin serta ulam ulaman yang di cecah dengan sambal belacan..
Alhamdulilah,puas rasanya dapat menikmati makanan tersebut..sememangnya aku jarang makan bersama keluarga..walaupun hari ni makan tengah hari tanpa ayah ku yang mana outstation atas urusan kerja,tetapi aku tetap berpuas hati..kepuasan untuk makan makanan yang di hidangkan sememangnya menepati citarasa..mana tak nya,terlalu lama aku menantikan saat saat untuk makan bersama sebegini..
Sebenarnya,keluarga aku memang selalu makan bersama tetapi cuma aku yang tidak dapat turut serta sebab sibuk dengan kerja dan....hehehe..
Oklah,rasanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan bersama...dan harapan aku di masa hadapan adalah untuk makan bersama keluarga serta di temani orang yang aku sayang..erm,aku rasa orang yang aku sayang itu tahu siapa diri nya..hehe..

Friday, August 24, 2007

Makan Malam di Nikko...

Semalam,aku telah di ajak oleh abg Rushy untuk makan malam bersama di Nikko Japanese Restaurant…seramai 3 orang,kami meluru masuk ke dalam restaurant tersebut..aku dapat rasakan ada sesuatu kelainan pada suasana di dalamnya…
susunan di dalamnya teratur..berkemungkinan pengurusan dulu dan sekarang berlainan..
Semasa di Nikko,aku sempat berborak dengan pengurusnya yang mana kawan aku jugak..banyak cerita yang aku dengar..baik yang positif ,mahupun negatif..ah,malas nak fikir..tu hal diorang..buang masa aku je nak ambik peduli hal diorang..apa yang penting sekarang ni,aku hanya akan buat yang terbaik untuk diri aku..tu je..
Jam menunjukkan pukul 10.30 malam,kami pun keluar daripada Nikko lalu pulang ke rumah masing masing..
Kepada abg Rashy,thanks sebab belanja Zoul makan malam di Nikko…appreciate sangat dan bila nak blanja lagi?? Hehhehehehe
..cheers..

Thursday, August 23, 2007

Minum Petang Bersama Anak Yatim..

Semalam,pada pukul 4.30ptg,keluar je daripada ofis shell ni,aku terus je landing ke Café..Sementara menunggu Kak Ern dan Kak Amalia,aku sempat berborak dengan member aku yang bekerja di café..sekurang kurangnya,tak lah bosan sangat..
Beberapa minit kemudian, kak Ern muncul..dan di ikuti kak Amalia..sebenarnya,kita memang ada plan lepas balik keja..plan kita adalah melawat anak anak yang ada kat Peryatim sambil minum petang bersama...entahlah,tiba tiba je kita rasa rindu kat anak anak tu..
Sebelum kita menuju ke Peryatim,kita sempat singgah ke tempat kakak yang menjual segala makanan ringan seperti Cucur Pisang,Apam Balek dan sebagainya..sekurang kurangnya,taklah jugak kita membawa tangan kosong untuk mereka..
Selepas itu,kita singgah sebentar kat pasar Kenyalang..Dengan cermin mata hitam yang gelap warnanya,kak Ern meluru masuk..kita terus menuju ke bahagian yang menjual ‘ice-cream’ sebab kak Ern hendak membeli ‘ice-cream’ dalam kuantiti yang banyak untuk di berikan kepada mereka..
Jam menunjukkan pada pukul 5.40 ptg..alhamdulilah,kita selamat sampai kat Peryatim..jelas terpancar kegembiraan pada riak wajah mereka..Kak Yati,warden mereka menjemput kita masuk..selepas itu,aku mengagihkan ‘ice-cream’ yang kak Ern beli tadi kepada mereka dan dalam masa yang sama jugak,Kak Ern dak Kak Amalia menghidangkan makanan..
Walaupun masa yang singkat untuk bersama dengan mereka,tetapi perasaan puas dan rindu pada mereka terubat jugak..

Berserah...


Kehidupan yang penuh dengan onak serta cabaran di masa lampau berkemungkinan membuatkanku sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran yang datang..sebagai seorang manusia biasa,sememangnya aku tidak dapat lari daripada membuat sebarang kesilapan yang mana tidak aku sengajakan…
Hari-hari yang aku lalui seolah-olah tiada perubahan..hari hari aku berdepan dengan benda yang sama sehingga terkadang aku merasakan,ada sesuatu yang perlu ku ubah..
Entahlah,terlalu banyak hati yang perlu ku jaga..tetapi,adakah mereka turut sama menjaga hati aku..kadang kadang,aku sudah bosan hendak berdepan dengan masalah sebegini..tetapi aku tidak mampu untuk meletakkan sebarang keputusan kerana aku tahu,sekiranya aku berbuat sedemikian,sudah pasti mereka akan menjauhi diri ku lantas tidak mempedulikan ku..waktu itu,sudah pasti keja aku akan berterabur sekaligus pemikiran ku akan melayang entah kemana..sekaligus,prestasi kerja ku pasti akan merosot..
Dulu,aku pernah di kecewakan oleh seseorang tetapi aku ketepikan perasaan itu supaya aku mampu terus bertahan..alhamdulilah,aku berjaya melakukannya tetapi aku tidak pasti sama ada aku mampu melakukannya lagi di masa hadapan atau tidak..tetapi InsyaAllah,kalau aku mampu ketepikannya,aku akan ketepikan..rasanya,tak perlulah aku untuk menoleh kebelakang lagi seperti mana yang aku lakukan sebelum ini..sia sia..end up,aku jugak yang merasakannya..sampai bila aku harus begini..
Sememangnya,setiap individu yang ada di dunia ini inginkan kebahagian didalam kehidupan mereka walaupun kasih sayangnya perlu di kongsi bersama orang orang lain..
Kadang kadang,aku merasakan dunia ini tidak adil pada diri aku..tetapi sebagai insan biasa,aku harus terus bersabar..berkemungkinan,ini adalah satu dugaan untuk diri ku..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi pada diri ku..
Mujurlah aku mempunyai rakan rakan yang memahami perasaan aku..mereka tidak putus putus memberi aku semangat agar terus kuat untuk menghadapi hari hari yang mendatang…
Berkemungkinan,selepas ini,aku hanya akan berserah dengan apa yang akan terjadi..biarlah masa yang menentukan..pada waktu ini,biarlah aku memfokuskan pada kerjaya yang baru ku bina dulu..rasanya,itulah perkara yang paling utama di dalam kehidupan ku..jadi,tak perlulah aku mensia-siakannya,,

Monday, August 20, 2007

Kenangan Bersama Anak Anak Yatim..




Salam…

Seawal jam 6 pagi,aku telah di kejutkan oleh bunyi ‘alarm phone’ yang mana aku telah tetapkan sebelum aku menutup mata..
Dengan mata yang agak sedikit mamai,aku kuatkan semangat ku untuk mencapai tuala yang tersidai kat luar rumah lantas membersihkan diri ku dari bau bantal yang kurang menyenangkan..hehehe..


Sarapan…

Seawal jam 7.30 pagi,aku telah di jemput oleh abg Rush di rumah..Dengan penuh semangat,aku mengikut abg lantas terus ke rumah nya untuk berkumpul dengan rakan rakan yang lain..
Di rumahnya,kami telah dihidangkan oleh abg rush dengan pelbagai hidangan seperti nasi lemak dan kuih muih yang enak enak belaka…


Perjalanan..



Jam menunjukkan pukul 8 pagi..sebanyak 4 buah kereta,kami meluru laju ke Peryatim..
Ketika tiba di peryatim,hati tersentuh melihat anak anak yang yang tinggal di situ..mereka sungguh gembira melihat kedatangan kami..berkemungkinan mereka kekurangan kasih sayang yang mana mereka perlukan daripada ibu bapa mereka..Terfikir sejenak aku mengenangkan nasib mereka..insaf rasanya…


Tanjong Lobang..


Semasa kami berada di Tanjong Lobang,setelah penat mengangkat barang yang kami bekalkan,kami membuat senaman ringkas untuk memanaskan badan..aku telah di arahkan oleh mereka untuk menunjukkan cara cara yang betul untuk bersenam..alhamdulilah,aku mampu lakukan dengan baik..hehehe…


Permainan..

Bagi mengembirakan lagi hati anak anak,kami mengadakan pelbagai permainan..permainan yang kami adakan adalah seperti kotak beracun,tong tahi dan banyak lagi..aku dapat melihat gelagat serta reaksi dari riak muka anak anak itu..mereka kelihatan amat riang sekali..


Makan tengahari..

Selepas pelbagai permainan yang kami adakan selesai,kedatangan abg Rush sememangnya di nantikan..sebelum permainan di adakan sebentar tadi,abg Rush telah meminta diri untuk keluar sebentar daripada kelompok kami untuk membeli makanan untuk makan tengahari…dia membeli hidangan yang lazat daripada KFC dan Pizza Hut..waktu itu juga aku dapat melihat perasaan gembira pada anak anak..
Aku serta beberapa dengan orang kakak kakak Shell mengagihkan makanan tersebut kepada anak anak..mereka begitu sopan skali mengambil makanan yang di berikan..

Persembahan Nasyid…

Sebelum majlis bersurai,kami telah di hiburkan oleh anak anak dengan sebuah lagu nasyid yang begitu ‘touching’ skali..Terkesima diriku mendengar kelunakan suara anak anak itu..walaupun tanpa ‘sound system’ yang lengkap,tetapi mereka mampu melakukan dengan baik dan bertenaga skali..
Berakhirnya nyanyian nasyid tersebut,maka tamatlah sesi bersama anak anak yatim pada kali ini..tergambar perasaan gembira pada riak wajah anak anak itu..itu lah misi kami sebenarnya untuk mengembirakan mereka..tidak saba rasanya ingin menyertai program seperti ini di masa akan datang..terlalu banyak iktibar yang aku perolehi daripada program seperti ini..



Harapan….

Harapan ku terhadap anak anak yang menetap di Rumah Peryatim,aku mendoakan agar mereka lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik pada diri mereka..Anggaplah segala apa yang berlaku pada diri anak anak adalah sebagai satu dugaan daripada Allah S.W.T kepada hamba hamba-Nya..Janganlah mudah berputus asa kerana,sekiranya anak anak berputus asa,maka apa yang ingin anak anak kecapi akan terpendam begitu sahaja..biarlah anak anak bersusah dahulu,agar bisa mengubah kehidupan anak anak di masa hadapan..tiada orang lain yang mampu mengubah kehidupan anak anak melainkan anak anak yang menanam keazaman pada diri sendiri..anggaplah segala kesusahan yang di alami oleh anak anak sebagai satu cabaran di dalam kehidupan seharian…Itulah harapan ku terhadap mereka..Amin…

Friday, August 17, 2007

Happy Befday..

Tanggal 14 Ogos 2007,seorang daripada kawan aku yang bernama Arnett telah selamat menyambut hari jadi nya yang ke 23 tahun..hehe..alhamdulilah…
Dengan tidak membuat sebarang persediaan,serta masa bekerja yang agak terhad membuatkan aku tidak sempat untuk membeli sebarang hadiah..akhirnya aku mengambil keputusan untuk memberinya barang terpakai yang mana aku jaga dengan baik selama ini..dengan hati yang iklas,aku memberi barang tersebut dan alhamdulilah,Arnett amat menyukai barang tersebut..(suke ke??hehe)..
Nak cita sikit lah tentang befday boy ni..aku mengenali Arnett sejak 5 bulan yang lalu..pada mulanya aku rasa kekok untuk berborak dengannya..muka nya yang nampak sedikit sombong itu membuat aku kurang senang untuk terus rapat dengannya..sememangnya,sangkaan ku tidak tepat sama sekali kerana sebenarnya Arnett seorang yang ‘friendly’ dan aku senang sekali berkawan serta bertukar pendapat dengannya dalam segala hal..tak hairan lah kalau ada peribahasa yang menyatakan “don’t judge the book by its cover”..hehehe…
Akhir kata,untuk Arnett,happy befday dan diharap,apa yang belum di kecapi selama ini akan terlaksana dan dimakbulkan jugak kelak..