Thursday, August 23, 2007

Berserah...


Kehidupan yang penuh dengan onak serta cabaran di masa lampau berkemungkinan membuatkanku sentiasa tabah dalam menghadapi segala cabaran yang datang..sebagai seorang manusia biasa,sememangnya aku tidak dapat lari daripada membuat sebarang kesilapan yang mana tidak aku sengajakan…
Hari-hari yang aku lalui seolah-olah tiada perubahan..hari hari aku berdepan dengan benda yang sama sehingga terkadang aku merasakan,ada sesuatu yang perlu ku ubah..
Entahlah,terlalu banyak hati yang perlu ku jaga..tetapi,adakah mereka turut sama menjaga hati aku..kadang kadang,aku sudah bosan hendak berdepan dengan masalah sebegini..tetapi aku tidak mampu untuk meletakkan sebarang keputusan kerana aku tahu,sekiranya aku berbuat sedemikian,sudah pasti mereka akan menjauhi diri ku lantas tidak mempedulikan ku..waktu itu,sudah pasti keja aku akan berterabur sekaligus pemikiran ku akan melayang entah kemana..sekaligus,prestasi kerja ku pasti akan merosot..
Dulu,aku pernah di kecewakan oleh seseorang tetapi aku ketepikan perasaan itu supaya aku mampu terus bertahan..alhamdulilah,aku berjaya melakukannya tetapi aku tidak pasti sama ada aku mampu melakukannya lagi di masa hadapan atau tidak..tetapi InsyaAllah,kalau aku mampu ketepikannya,aku akan ketepikan..rasanya,tak perlulah aku untuk menoleh kebelakang lagi seperti mana yang aku lakukan sebelum ini..sia sia..end up,aku jugak yang merasakannya..sampai bila aku harus begini..
Sememangnya,setiap individu yang ada di dunia ini inginkan kebahagian didalam kehidupan mereka walaupun kasih sayangnya perlu di kongsi bersama orang orang lain..
Kadang kadang,aku merasakan dunia ini tidak adil pada diri aku..tetapi sebagai insan biasa,aku harus terus bersabar..berkemungkinan,ini adalah satu dugaan untuk diri ku..mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi pada diri ku..
Mujurlah aku mempunyai rakan rakan yang memahami perasaan aku..mereka tidak putus putus memberi aku semangat agar terus kuat untuk menghadapi hari hari yang mendatang…
Berkemungkinan,selepas ini,aku hanya akan berserah dengan apa yang akan terjadi..biarlah masa yang menentukan..pada waktu ini,biarlah aku memfokuskan pada kerjaya yang baru ku bina dulu..rasanya,itulah perkara yang paling utama di dalam kehidupan ku..jadi,tak perlulah aku mensia-siakannya,,

4 comments:

Antz said...

zul, jgn risau sgt pasal halangan and dugaan yg datang. semua ada hikmah. terimalah dengan nafas keredhaan. pasal kebahgiaan tu, jodoh tak kemana. so, dun worry sgt k ;) skrg ni, zul pikir pasal career n how to be a succesful person, dunia and akhirat =) zul boleh. akak percaya! ;)

Zoulkieflie said...

Kak ernz - Thanks akak..sebab bagi sokongan..rasanya sekarang ni,career adalah benda yang paling penting dalam kehidupan kita..anyway,thanks akak..

Wanpetunjuk said...

zoul...aja aja fighting, no matter what, we have to be strong...don't you ever let people manipulate ur weakness...it is all about ur own life...

Zoulkieflie said...

wan hidayat ~ yeah..thanks bro..