Thursday, February 28, 2008

Percutian ke Kota Kinabalu Sabah..

Pada hari jumaat yang lepas,aku dengan beberapa teman telah bercuti ke sabah..percutian aku kali memang menyeronokkan.
Ketika aku di sana,tidak banyak tempat yang kami pergi sebab masa yang agak terhad membuatkan kami terpaksa membuat perancangan..
Ketika di hari pertama,tibanya kami ke Bandar tersebut,kami terus check in dan setelah beberapa minit,kami terus mencari pusat membeli belah untuk membeli sedikit barang keperluan serta melihat keadaan barangan yang ada di sana..pada masa itu,kami tidak membeli barang dengan terlalu banyak..setelah penat berjalan,kami singgah sebentar ke sebuah bistro yang agak cantik..aku lupa nama bistro tersebut dan apa yang aku tau,bistro tu mempunyai 2 tingkat dan bistro tersebut kebanyakkannya di kunjungi orang luar..



Pada hari ke2 pulak,tepat pukul 10 pagi,kami bersiap untuk menjelajah pulau yang ada kat sana..sebelum ke pulau,kami membuat pembayaran dulu di kaunter yang di sediakan..
Kami memilih untuk pergi ke 3 pulau yang ada kat sana iaitu pulau mamutik,pulau manukan dan pulau sapi..
Untuk pergi ke pulau tersebut,kami terpaksa menaiki sebuah bot..memang happening..
Ketika tiba di pulau tersebut,kami mencari tempat untuk meletakkan barang2..memang meriah..dan disana jugak aku menemui hobi baru ku iaitu,’snorkling’..
Di pulau mamutik,kami hanya mengambil masa selama 1 jam untuk bersantai kerana ada 2 pulau lagi yang perlu kami kunjungi..selepas itu,kami ke pulau manukan pulak..di pulau manukan kami hanya mengambil masa selama 2 jam untuk bersantai dan selebihnya kami menghabiskan masa bersantai di pulau sapi..
Tepat pukul 5 ptg,kami pun berkemas dan segera pergi ke titian untuk menunggu bot..




Keesokkan harinya pulak dan ianya adalah hari terakhir kami di sana..awal pagi lagi kami sudah keluar daripada hotel untuk pergi ke pasar untuk membeli makanan kering untuk di bawa ke miri..kami juga sempat singgah ke pasar Philipine yang ada kat sana..memang meriah..


Akhirnya,tepat pukul 12 tengah hari,kami pun tiba ke lapangan terbang..masa untuk balik ke Miri..memang tak puas tapi nak buat macam mana sebab cuti tak panjang..apa apa pun,aku pasti satu hari nanti aku akan pergi lagi..

Wednesday, February 27, 2008

life is life..



  • Hari hari,sama je..takde perubahan..

  • Better buat daripada biarkan terlepas..

  • Kita tak buat,orang kata kita buat..baik buat..

  • Asal pulak kita nak jaga hati orang sedangkan orang tak jaga hati kita..

  • Apa apapun lepas ni,apa yang kita rasa terbaik buat diri kita,kita teruskan..

  • Orang bukannya tau apa yang kita rasa..

  • Ni lah di katakan 'life'..

  • 'Life' kalau tak mencari sesuatu yang baru,bila lagi..

Friday, February 22, 2008

Derma..

Pagi ini,aku telah di datangi oleh seorang teman sekerja yang ingin meminta derma bagi pihak adiknya..sebenarnya,program menderma ni adalah dari pihak sekolah..
Terkenang seketika semasa aku di sekolah rendah..ketika itu,kesemua murid di wajibkan untuk mencari seberapa banyak wang untuk program tersebut..
Kadang kadang,aku terfikir jugak,apakah motif pihak sekolah mengadakan program tersebut..usia murid murid di sekolah rendah di bawah 12 tahun.mungkin didalam lingkungan usia tersebut ada yang boleh berfikir secara matang dan mungkin tidak..oh ya,tidakkah mereka sedar bahawa keselamatan mereka berkemungkinan terancam..yelah,dengan pergi rumah kerumah kadang kadang menyebabkan mereka seolah olah hampir dengan pemangsa yang berkemungkinan berniat jahat terhadap mereka..bukan apa,sekarang ni,bermacam macam kes yang kita dengar yang mana melibatkan mangsanya adalah kanak kanak di bawah 12 tahun..perlukah kita memekakkan telinga dan mengabaikan benda tersebut..kadang kadang,aku risau jugak..apa apapun,aku harap,budak budak ni mampu menjaga keselamatan diri mereka..

Friday, February 15, 2008

Valentine's Day..


salam..

Hari ini,buat pertama kalinya aku menerima barang daripada seseorang di hari 'Valentine's Day'...memang aku tak jangka lah yang aku akan menerima hadiah tersebut kerana sebelum ni,aku tidak pernah menerima apa apa pun di hari kekasih..kadang kadang,geli jugak aku bila member aku dok sibuk bercerita pasal 'hari kekasih'..mulalah nak jiwang jiwang tak tentu pasal sampai ada yang siap tempah bilik lagi untuk bermalam..ape yang mereka buat ek?hehe


Di pendekkan cerita,pada hari tersebut,aku telah menerima sebuah cd himpunan lagu lagu cinta(jiwang gila siot..),coklat dan sebuah teddy bear yang agak besar..happy jugaklah aku dapat hadiah tu terutama sekali 'Teddy Bear'..bukan apa,memandangkan dia selalu 'travel',jadi bila ketiadaan dia,dapat jugak aku peluk benda tu sebagai penganti diri..haha..kelakar..but its fact..


Anyway,thank u so much for the lovely gifted..appreciate it so much..and i proud to be ur boy,honey..

Monday, February 4, 2008

Botak?!


Hari ni,buat pertama kali nya aku membotakkan kepala ku..memang pada mulanya aku takut untuk membotakkan kepala sebab kalau tak sesuai,tentu kelakar..tapi bila aku sudah membotakkan kepala ku,aku rasa macam selesa lah pulak..walaupun muka ku kelihatan bulat,tapi aku tak kesah sebab apa yang penting,aku selesa dengan pembaharuan ku..maybe lepas ni,aku akan terus mengekalkan penampilan macam ni..selain daripada selesa,aku jugak boleh berjimat daripada pergi ke salon..yelah,sebelum ni,dalam sebulan,aku akan singgah ke salon sebanyak 2 kali..bila dah takde rambut,takde point nak pi salon coz takde benda nak di buat..selain tu,aku tak perlu nak membazir membeli wax,shampoo dan condisioner tiap tiap bulan..haha..dengan duit tu,dapat jugak aku berjimat..oklah,sampai di sini saja untuk kali ini..nanti aku update lah lagi ye..

Fantasia Barrino - You Were Always On My Mind

Maybe I didn't love you quite as often as I could have,
Maybe I didn't treat you quite as good as I should have,
If I'm made to feel second best,
I'm so sorry I was blind...
You were always on my mind
You were always on my mind
Maybe I didn't hold you all those lonely, lonely times,
And I guess I never told you I'm so happy that you're mine,
Little things I should have said and done,
I just never took the time...
You were always on my mind
You were always on my mind
Tell me, tell me that your sweet love hasn't died,
Baby, give me, give me one more chance to keep you satisfied,
Because you're always on my mind...
You were always on my mind
You were always on my mind
You were always on my mind
(maybe I didnt love you...)