Thursday, August 23, 2007

Minum Petang Bersama Anak Yatim..

Semalam,pada pukul 4.30ptg,keluar je daripada ofis shell ni,aku terus je landing ke Café..Sementara menunggu Kak Ern dan Kak Amalia,aku sempat berborak dengan member aku yang bekerja di café..sekurang kurangnya,tak lah bosan sangat..
Beberapa minit kemudian, kak Ern muncul..dan di ikuti kak Amalia..sebenarnya,kita memang ada plan lepas balik keja..plan kita adalah melawat anak anak yang ada kat Peryatim sambil minum petang bersama...entahlah,tiba tiba je kita rasa rindu kat anak anak tu..
Sebelum kita menuju ke Peryatim,kita sempat singgah ke tempat kakak yang menjual segala makanan ringan seperti Cucur Pisang,Apam Balek dan sebagainya..sekurang kurangnya,taklah jugak kita membawa tangan kosong untuk mereka..
Selepas itu,kita singgah sebentar kat pasar Kenyalang..Dengan cermin mata hitam yang gelap warnanya,kak Ern meluru masuk..kita terus menuju ke bahagian yang menjual ‘ice-cream’ sebab kak Ern hendak membeli ‘ice-cream’ dalam kuantiti yang banyak untuk di berikan kepada mereka..
Jam menunjukkan pada pukul 5.40 ptg..alhamdulilah,kita selamat sampai kat Peryatim..jelas terpancar kegembiraan pada riak wajah mereka..Kak Yati,warden mereka menjemput kita masuk..selepas itu,aku mengagihkan ‘ice-cream’ yang kak Ern beli tadi kepada mereka dan dalam masa yang sama jugak,Kak Ern dak Kak Amalia menghidangkan makanan..
Walaupun masa yang singkat untuk bersama dengan mereka,tetapi perasaan puas dan rindu pada mereka terubat jugak..

2 comments:

Azz Azfar said...

OMG....Words cant describe ur kindness...

.:azz azfar:.

Zoulkieflie said...

Azz Azfar ~ Thanks..appreciate it..